20 Mei 2011

Calon Ketua Muslimat tiada

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Jawatan Ketua Muslimat Pas masih menjadi teka-teki kerana mereka yang dicalonkan untuk jawatan tersebut belum buat keputusan rasmi.

Mereka yang dicalonkan ialah ketuanya, Nuridah Salleh, timbalan ketua, Siti Zailah Mohd Yusof, pengarah pilihan raya (Muslimat), Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa kerja (Muslimat), Dr Asiah Ali.

Keempat-empat mereka turut dicalonkan bagi jawatan timbalan ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa kerja sayap muslimat parti itu.

Siti Zailah, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, beliau belum membuat keputusan kerana masih menunggu surat tawaran pencalonan pemilihan parti.

Katanya, pimpinan muslimat memerlukan gandingan generasi baru dan lama bagi memantapkan sayap parti itu.

Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata akan mengadakan perbincangan pada hujung minggu ini sama ada untuk bertanding atau sebaliknya.

“Kebiasaannya, keputusan untuk menerima atau sebaliknya pencalonan itu bergantung kepada keperluan parti,” katanya.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan: