17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.
PARIT BUNTAR, 19 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak, Yb Drs Khalil Idham Lim berkata pemimpin tertinggi Malaysia perlu mengahayati Islam dari pelbagai aspek ini bukan sekadar boleh memberikan dunia memandang Malaysia seperti dikatakan pemimpin umno sebagai Negara Islam contoh malah boleh membetulkan kekeliruan umat Islam Malaysia khususnya dalam soal praktikal Islami yang asas seperti soal berpakaian dan hukum menutup aurat.
“Di Malaysia seperti yang di dakwa umno sebagai negara Islam kita amat hairan jika wanita pertamanya sendiri tidak melaksanakan amalan asas Islam iaitu menutup aurat, setakat ini tidak ada lagi disebut dalam al-Quran dan Hadith bahawa rambut wanita bukan aurat,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan, Islam merupakan agama rasmi, tetapi pemimpin tertinggi Negara sebenarnya secara tidak langsung telah mempersendakan perkara tersebut sekira perkara asaspun tidak dilaksanakan oleh mereka.
“Saya nasihatkan supaya Bajet 2012 yang akan dibentangkan Najib Tun Razak nanti perlu peruntukkan sejumlah wang Negara khusus untuk membekalkan tudung yang berjenama untuk Rosmah Mansur,” katanya.
Kata YB khalil yang juga Adun Titi Serong, rakyat maklum bahawa rosmah Mansur gemar dengan barangan berjenama seperti yang pernah dilaporkan kos penginapan rosmah di sebuah hotel mewah di dubai mencecah RM100,000 hanya untuk semalaman.
“Jika Rosmah Mansur pakai tudung banyak manfaatnya, pertama boleh menjimatkan kos dandanan ranbut, kedua para wanita muslim akan faham bahawa rambut wanita adalah aurat, berdosa bagi yang mendedahkannya, InsyaAllah fesyennya akan menjadi ikutan remaja Islam dan semakin ramai yang menutup auratnya” katanya lagi.
“Saya rasa rakyat Malaysia sendiri sanggup melancarkan derma kilat bagi mengumpul dana khusus untuk rosmah membeli tudung kerana rakyat Malaysia tidak sanggup menahan malu apabila terus jadi bahan ketawa di mata dunia apabila wanita pertama sendiri yang muslim tidak bertudung termasuk semasa melakukan lawatan ke negara Islam yang lain,” ujarnya.
“Dalam situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa pemimpin umno dan BN bukanlah pembela Islam, malah Islam terus dipersenda dalam amalan kehidupan mereka seharian, situasi ini perlu ada perubahan", jelasnya.
2 ulasan:
saya sokong jika nak lancarkan derma kilat untuk Rosmah...dia terlalu miskin nak beli tudung....
Sokong, minta hantar terus ke pejabat perdana menteri. Panggil Utusan dan TV3 sekali
Catat Ulasan