20 Mei 2011

PR sedia ambil alih Perak, Gelombang maklumat ini akan percepat kejatuhan BN .

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 19 Mei : Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Yb Drs Khalil Idham Lim berkata Perak bakal diterajui Pakatan Rakyat semula menjelang PRU 13 tidak lama lagi kerana sokongan rakyat nampaknya semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa di Perak .

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di Perak dalam keadaan isu hangat membicarakan PRU ke 13 yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

“BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata bahawa PR Perak wujud masalah dalaman, Hakikatnya kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik, mereka becakaran sesama sendiri dan rakyat semakin terabai” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Pendedahan Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal di jawab oleh Dr. Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun baru-baru ini.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, PR Perak amat komited dengan misi kebajikan kepada rakyat, walaupun cuma sempat menerajui Perak selama 11 bulan, banyak isu dan perkara berjaya di selesaikan dengan baik.

Beliau juga mendedahkan kerajaan BN Perak telah menciplak dasar-dasar kebajikan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

"Antaranya dasar pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah SUWA, Pemberian saguhati kepada anak-anak Perak yang berjaya ke IPTA, dasar tanah , meneruskan penubuhan Jawatan kuasa hal ehwal bukan Islam dan banyak lagi" dedahnya

Dalam pada itu YB Khalil juga menjelaskan kekayaan negeri diagihkan kepada kaum keluarga terdekat dengan sewenang-wenangnya.

“Oleh kerana terlalu sibuk mengagihkan kekayaan negeri sehingga telah menyebabkan nasib rakyat terabai, kini janji membela rakyat cuma tinggal janji,” katanya lagi.

“Legasi Pakatan Rakyat telah menghasilkan kesan positif di hati rakyat dan yang pastinya rakyat negeri Perak rindukan perkara tersebut dan akan meneruskan sokongan terhadap PR seperti mana pada Mac 2008 . BN tetap akan di tolak walaupun mereka menaburkan janji politik yang merupakan pemanis mulut untuk kekal bekuasa sedang merekalah pengkhianat sebenar kepada rakyat Perak dan malaysia selepas lebih 50 tahun memerintah” katanya.

“PR Perak komited menjalankan sesi penerangan ke seluruh negeri, pemimpin Pakatan Rakyat Perak disemua peringkat telah bekerja keras untuk memastikan maklumat tentang kerja jahat Umno BN sampai ke pengetahuan rakyat negeri perak,” jelasnya.

"Kita juga menyampaikan maklumat mengenai prestasi baik yang dicapai oleh negeri dibawah Pakatan Rakyat yang telah dinafikan pemberitaan nya oleh media massa yang dikawal ketat oleh BN" katanya

“Usaha ini akan berterusan sehingga menjelang PRU 13,” jelasnya lagi.

“Tambahan pula, dengan ledakan maklumat melalui internet, blog,facebook, twitter dan sebagainya akan memudahkan maklumat diterima rakyat dan cetusan gelombang maklumat ini akan mempercepatkan kejatuhan BN di perak,” katanya.

"Seluruh bangsa dan agama perlu berganding tenaga bagi menjatuhkan BN pada PRU 13 nanti, jangan biarkan BN terus menipu dan perompak hak rakyat negeri perak" Katanya .

Tiada ulasan: