20 Mei 2011

Plus Tutup Pusat Operasi Khidmat Pelanggan Tol Ayer Keroh

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menutup sementara operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Ayer Keroh pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai esok.

Ia berikutan kerja- kerja menaik taraf plaza tol yang sedang giat dijalankan, menurut PLUS.

Penutupan itu juga akan meningkatkan lagi keselesaan pengguna lebuh raya.

"Pelanggan masih boleh menambah nilai kad 'Touch N Go' mereka di stesen minyak Petronas di R&R Ayer Keroh (arah Utara) atau Lorong Tambah Nilai di Plaza Tol Simpang Ampat (lorong masuk) atau di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di Plaza Tol Yong Peng Utara," kata PLUS.

Tv Selangor/-

Tiada ulasan: