24 Jun 2011

Kalau Zainal Kling nak mengampu biar kena tempat

22 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Julai: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah pelik dan macam mana seorang ahli akademik seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang-undang.

“Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram,” katanya.

Sebagai ahli akademik, tambah belau sepatutnya sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan.

“Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan.

“Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang,” ujarnya.

Sehubungan tu, belau mempersoalkan kenapa Zainal tidak mengkaji himpunan Bersih pada 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.

Baginya, janganlah kerana Zanal menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikirannya selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara.

“Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu,” katanya lagi.

Beliau tidak menafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji.

Katanya, Zainal memang terkenal sebagai penyokong tegar Umno, sewaktu di universiti Malaya lagi.

Idris menambah, fikrah Zainal sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak.

“Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang memalukan, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mereka yang berada di menara gading.

“Kalau hendak mengampu biarlah kena caranya, bukan memberi pandangan yang emosi dan tidak berisi,” katanya.

harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa punya profesor dia ni... berkumpul je berlaku tidak tenteram. Dari zaman selepas akta universiti sampai sekarang tak habis mengampu. Yang pasti tak tenteram adalah pemerintah yang tidak adil dan zalim. Tapi yang lagi kuat tak tenteram adalah pencacai-pencacai macam profesor ni!

Tanpa Nama berkata...

mrk ingt mrk bertaraf professor mrk lah org yg paling bijaksana...porahhh, dlm kebijaksanaan ada kebodohan dan dlm kebodohan ada kecerdikan...mrk ingt rakyat malaysia ni rakyat thn 50 an ke, rakyat thn 50 an boleh lah dikelentung, org kg boleh lah ...