31 Julai 2011

Asri Kuang meninggal dunia.

Syaaban 1432H. [MOD] -

SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masing kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri.

Janazah beliau akan disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar nanti.

Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan.

Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Al.Fatihah

Blog cina islam digodam hacker !

[MODERATOR] - Untuk makluman, terbitan artikel di blog cina islam sedang mengalami gangguan yang berterusan sehingga akhir minggu ini. Ini kerana team IT sedang berusaha memulihkan semula blog yang telah godam oleh kumpulan yang tidak bertanggung jawab dimana hampir 70% struktur template yg digunakan telah dicemari oleh script dan code 'asing' yg tidak dikehendaki.

Maaf diatas kesulitan yang berlaku.

Bebas tahanan EO bukti p'raya makin dekat

29 Syaaban 1432H. [MOD] -

PERMATANG PAUH, 31 Julai: Kerajaan disaran supaya tidak sewenang-wenangnya mengenakan tuduhan yang tidak berasas terhadap rakyat negara ini, sekiranya tidak sehaluan dengan kehendak mereka.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid dalam Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang, Penanti, petang semalam.

Mengulas mengenai pembebasan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan baru-baru ini setelah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu, beliau berkata, pembebasan mereka adalah kemenangan rakyat yang berjuang selama ini bagi menuntut keadilan dalam negara.

"Sepatutnya, sebagai pemerintah, kerajaan mendakwa mereka lebih awal di mahkamah, dan bukannya meletakkan mereka dalam keadaan bersalah dengan pelbagai tuduhan yang melampau.

"Apabila rakyat bangun dan menuntut keadilan, pemerintah masih lagi dungu tanpa berbuat apa-apa. Setelah keadaan terdesak dan melihat kepada kerugian yang akan mereka terima nanti, barulah tindakan pembebasan akan dilakukan.

"Ini semua adalah salah satu dari mesej awal, bahawa pilihan raya semakin hampir. Kerajaan akan cuba mengambil hati rakyat dengan bersandiwara bagi mengaburi mata rakyat, seolah-olah mereka memberi perhatian terhadap nasib rakyat," tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PKR, juga menyatakan tiada apa yang harus dibanggakan dengan pembebasan tersebut, kerana tindakan kerajaan menahan mereka juga adalah menyimpang dari peraturan sedia ada yang memberi hak kebebasan bersuara kepada setiap rakyat dalam negara ini.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man dan kepimpinan PAS serta PKR Permatang Pauh.

Harakahdaily/- 

Kifarat menginsafkan lelaki.

29 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ustaz Baei Jaafar

Barangsiapa yang membatalkan puasa Ramadan dengan bersetubuh sama ada dengan memasukkan kesemua zakar ke dalam lubang sama ada faraj wanita atau dubur lelaki, atau hanya sekadar kepala hasyafah, wajib mengqada puasanya dan membayar denda yang dinamakan kifarat.

Sebenarnya, lelaki atau suami yang melakukan persetubuhan di siang hari sama ada dengan rela isteri atau tidak, wajib membayar denda dengan memerdekakan hamba mukmin yang sejahtera (tidak cacat) sama ada lelaki atau perempuan. Jika tidak mampu kerana sudah tidak ada hamba pada hari ini maka bolehlah dia melakukan puasa dua bulan berturut-turut.

Dalam hal ini jika puasanya rosak atau terbatal satu hari kerana sakit atau musafir maka wajib diulang semula dari awal. Tetapi kalau tidak mampu berpuasa kerana keuzuran yang boleh membawa kepada mati jika terus berpuasa, wajiblah baginya memberi makanan seperti beras sebanyak 60 cupak beras kepada 60 fakir atau miskin. Ini bermakna setiap seorang mendapat satu cupak.

Tetapi kalau denda ini juga tidak mampu dilakukan olehnya kerana kemiskinan dan sebagainya, maka kewajipan itu dianggap masih tertangguh dan wajib melaksanakannya apabila dia sudah ada kemampuan.

Melihat kepada beratnya hukum dan denda ini, tentu tidak wajar seseorang lelaki atau suami melakukan persetubuhan pada waktu orang lain semuanya berpuasa.

Hukuman ini hanya terpakai kepada lelaki, tidak kepada pihak yang kena setubuhi. Perlu dijelaskan pihak yang kena setubuh ini termasuk haiwan.

Maknanya kalau lelaki setubuhi kambing, maka lelaki itu tetap kena kifarat. Walau bagaimanapun lelaki seumpama ini boleh selamat daripada denda tersebut kalau sekiranya dia gila atau mati pada hari persetubuhan itu. Juga tidak dikenakan kifarat kalau dia lupa yang dia berpuasa, atau jahil tentang hukum larangan bersetubuh, atau dipaksa bersetubuh.
Bersetubuh tidak kena kifarat
Orang yang tidak berniat puasa pada malamnya
Orang yang musafir
Orang yang sakit

Dia menyangka masih malam (belum masuk wuktu imsak) atau syak waktu berbuka sudah masuk
Orang yang membatalkan puasa selain daripada bersetubuh seperti makan dan minum

Golongan pertama hingga ke empat boleh tidak berpuasa. Jika mereka bersetubuh pada siangnya tidaklah menyebabkan mereka dikenakan kifarat. Tetapi kedudukan berbeza dengan golongan kelima, membatalkan puasa setelah berniat adalah berdosa. Dia wajib ganti selepas Ramadan. Namun kalau mereka bersetubuh tidak dikenakan kifarat. Jadi, jangan buat begitu kerana perbuatan itu termasuk dalam dosa.

Semoga kita dapat menjaga hukum Allah dengan baik.

30 Julai 2011

Ramadhan bulan hidayah

Syaaban 1432H. [MOD] -
Perutusan Ramadhan.

Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti.

Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya..” – Surah an-Nisa’, ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur.

Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.
 
 
YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

PRU 13 : MIC ingatkan PM lagi mengenai undi kaum India

Syaaban 1432H. [MOD] -

Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan boleh memilih bagi tidak mengendahkan MIC dengan membiarkan BN menanggung risikonya.

Ini kerana, kata Palanivel semasa ucapannya pada mesyuarat agung tahunan ke-65 parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), permintaan untuk bantuan bagi masyarakat India akan memberi kesan kepada sokongan 850,000 undi masyarakat India.

"BN harus sedar tentang masalah masyarakat kami kerana jika tidak berhati-hati kita mungkin dalam bahaya hilang kedudukan dalam politik di negara ini.

"Jika tuan (PM Datuk Seri Najib Abdul Razak) boleh penuhi (permintaan kami), kami beri jaminan undi masyarakat India akan kembali kepada BN,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh ahli

Ulasan:

Najib nampaknya positif untuk melakukan apa saja bagi menyelamatkan hayat BN, namun saya yakin kaum India sudah serik dengan janji 50 tahun yang tidak ditunai malah di khianati.

Semuga janji baru Najib dan MIC adalah bukti akhir kepada kaum India bahawa pemimpin BN dan MIC sentiasa ingin menipu mereka untuk terus kekal berkuasa.

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

28 Syaaban 1432H. [MOD] -

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Apapun kepada kisah yang menggemparkan negara itu dilihat dari sudut penampilan almarhum semasa di mahkamah didapati dia tampil dengan pakaian muslimat yang boleh mencuit hati kaum hawa yang masih tidak bertudung.

Najib resmi Perhimpunan Agung MIC dgn janji baru kepadda kaum India, siapa percaya ?

28 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sebentar tadi saya sempat menyakiskan siaran langsung ucapan Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agung MIC dengan pengumuman Presiden MIC dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya yakin pengumuman itu tidak lain demi untuk mengembalikan sokongan kaum india kepada parti yang berjaya menjadi pilihan dan harapan kepada kaum India di Malaysia dalam wadah BN.

Ia ibarat gulaIgula baru kepada kaum india dalam persiapan Najib dalam mengintai tarikh PRU ke 13. Sealain itu belau menawarakan gaji minuman pekerja estet dari kaum India RM 500 sebulan dan beberapa tawaran lain.

Tepukan gemuruh dari pimpinan MIC dan para perwakilan sekali pandang menimbulkan rasa gerun dengan ada kemungkinan kaum India kembali setia kepada MIC db BN ?

Namun saya teringat kepada beberapa dailog saya dengan beberapa pemuka kaum India beberapa hari lepas dan bagi mereka yang berada di luar dewan persidangan itu. Jelas saya masih yakin mereka tetap akan bersama gelombang rakyat untuk menolak pemimpin yang hipokrit termasuklah dari kaum India.

Mereka boleh terpekik dan terlolong dan rasa seronok dengan tawaran dan pemberian Najib, namun mereka pastinya tidak akan melupakan dosa pemimpin mereka termasuklah samy vellu yang telah mengkhianati kaumnya.

Malah orang India sudah punya pemmpin mereka yang duduk dalam Pakatan Rakyat dan memberi harapan baru kepada kaum India.

Biarlah Najib terus dengan trend lama dengan mengula-gulakan kaum melayu, cina dan India dengan pelabagai slogan dan tawaran.

Mereka sedang menunggu untuk dihukum dan hayat BN pasti akan berakhir pada PRU ke 13 nanti.

Khalil Idham Lim
Kuala Lumpur, 30 ;uly 2011.
(Posting via Blackberry)

Gangguan posting Cina Islam : Permohonan maaf.

28 Syaaban 1432H. [MOD] -

Berhubung dengan proses perpindahan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong ke permis yang baru kerana permis sewaan lama telah tamat kontraknya maka kami mengalami ganggung mengakses internet.

Dalam minggu ini sehinggalah sekitar khamis akan datang proses pemindahan akan sempurna keseluruhannya di pejabat kami yang bari di hadapan Pejabat Agama Daerah Parit Buntar.

Kerana itu saya mewakili warga kerja blog Cina Islam memohon kemaafan diatas gangguan dan tidak lancarnya posting blog pada masa sekarang.

Drs. Khalil Idham Lim.

29 Julai 2011

Amalan sebelum berbuka puasa.

Syaaban 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Amalan yang baik sebelum berbuka puasa malah boleh diamalkan sebelum makan pada hari-hari lain ialah seperti berikut:

1.     Baca al-Fatihah sebanyak 3x
2.     Baca selawat 3x
3.     Baca doa buka puasa seperti biasa

Sebelum memulakan bacaan itu, sediakan air minum berupa air bersih sama ada air suam yang sudah sejuk atau air mineral kadar segelas. Letakkan air tersebut di hadapan kita dan bacalah semua bacaan itu sebelum berbuka puasa.

Perlu diingat, ambil masa untuk membaca itu kadar lima minit atau 10 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa. Untuk itu kumpulkan semua sekeluarga di hadapan makanan. Dan ajaklah mereka mengamalkan amalan yang sama.

Jika habis membaca doa itu sedangkan waktu belum masuk, ulangi lagi bacaan doa buka puasa beberapa kali sehingga masuk waktu. Dan apabila masuk waktu gunakan air itu untuk berbuka puasa. Selepas itu barulah mengambil kurma dan yang lainnya.
Selamat beramal, semoga anda sihat dan berpahala.
 3X
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِيْنَ. آمِيْنَ
 3X
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىْ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ
 3X
اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ، بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى بَرَكَةِ اللَّهِ

Pengunaan dakwat dan biometrik kenyataan merapu Najib

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menyatakan bahawa kurang bijak bagi seorang Perdana Menteri berkata bahawa Pakatan tidak akan menerima sebarang usul untuk bakal dilaksana bertujuan baik untuk rakyat, kenyataan sebegini amat dangkal dan merapu.

Kenyataan beliau (Najib) berhubung isu biomatrik yang bakal diguna pakai dalam PRU 13 sebagai alternatif terhadap penggunaan dakwat kekal dan yang pasti pengunaan dakwat lebih murah dan praktikal untuk mengesan pengundi yang telah membuat undian.

Najib bersikap seperti orang kurang siuman, belum pun permintaan (dakwat kekal) tersebut  ditunai, Pakatan telah dilabel dengan pertimbangan yang seakan-akan datangnya dari kanak-kanak di tadika dengan mengatakan PR tetap akan mengatakan tidak jika kerajaan Umno-Bn setuju guna dakwat kekal dalam PRU 13 walhal belum pun berlaku seperti yang dikatakannya.

Minda beliau tidak ubah seperti manusia yang baru keluar dari gua setelah tinggal di gua dalam tempoh yang lama.
Sudah pastilah sistem dengan kelengkapan elektronik lebih mahal berbanding dakwat, tambahan pula sistem tersebut (biomatrik) jelas mudah dimanipulasi, belum teruji dan membazir.

Beliau mengatakan bahawa PR sering menolak sebarang usul kerajaan pusat, adalah menjadi lumrah, pembangkang akan menegur apa jua ketidakadilan yang berlaku dalam pemerintahan Negara, sekarang jelas kerajaan Umno-Bn telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan, jadi Pakatan menjalankan peranan kemudian ditohmah sebagai pihak yang enggan terima sebarang perubahan, ini tidak adil dan layak digelar zalim.

Saya cabar supaya beliau (Najib) orang yang pertama menguji dakwat kekal untuk buktikan samada dakwat kekal boleh dimanipulasi atau tidak berbanding sistem biomatrik yang mana menurutnya tidak boleh dimanipulasi.

Isunya sebenarnya BN amat takut jika mereka kalah dalam PRU 13 nanti, itulah sebabnya mengapa mereka cuba sedaya mungkin pertahankan langkah yang hanya menguntungkan BN termasuk biomatrik dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai talian hayat BN.

Hakikatnya Umno tidak perlu takut kerana apapun sisiterm yang digunakan, rakyatlah sebagai penentu untuk memilih PR atau BN dalam PRU 13 nanti.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 29 julai 2011

Perangi kos kehidupan rakyat, gula-gula politik Najib hadapi PRU 13

26 Syaaban 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menjelaskan bahawa pengumuman DS Najib Razak mahu perangi kos kehidupan rakyat sebagai gula-gula politik dan untuk menagih simpati rakyat terhadapnya. Beliau sebenarnya telah gagal menjadikan rakyatnya hidup dengan selesa sejak beliau mengambil alih jawatan PM Malaysia.
.
Sebenarnya Inilah yang kita boleh katakan sebagai impak bersih 2.0 dan telah mencetuskan NKRA ke tujuh, dengan kononnya mahu membela rakyat yang telah terhimpit disebabkan salahlaku amalan pentadbiran BN sekian lama. Sesuatu yang baru cuba dijanjikan kepada rakyat demi untuk terus berkuasa.

Perdana Menteri sekali lagi mahu perbodohkan rakyat serta mahu mengambil semula hati rakyat yang telah membenci kerajaan Umno-Bn setelah terdedahnya kezaliman kerajaan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman baru-baru ini.

Jika benar kerajaan pimpinan najib razak berhasrat mahu ubah nasib rakyat, mengapa tidak lakukannya sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri, langkah ini diambil setelah bertahun lamanya dan ia menggambarkan dengan sendirinya betapa tidak bertanggungjawabnya pemimpin ini.

Najib mengambil langkah ini kerana angin pilihan raya umum 13 telah makin terasa dan makin hampir, maka janji politik yang bersifat gula-gula PRU ini muncul secara tiba-tiba walhal pada hakikatnya beliau (Najib) sebenarnya gagal unruk membela dan menyelesaikan masalah rakyat bawahan.

Slogan rakyat didahulukan jelas tinggal slogan dan dilihat sebagai reatorik untuk menipu rakyat . BN ternyata gagal dalam banyak tindakan dan langkah yang dilakukan termasduk semasa pentadbiran Najib.

Saya nampak beliau (Najib) tidak ubah seperti khunsa kerana meneruskan tradisi berahsia dan takut untuk lakukan pengumuman tarikh pilihan raya.

Sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia tidak umum tarikh peperiksaan SPM, seminggu lagi peperiksan menjelang baru diumumkan, kemungkinan calon (pelajar) SPM tersebut gagal amat tinggi, begitulah yang Umno-Bn lakukan terhadap Pakatan Rakyat, sebab itulah saya katakan Umno-Bn umpama khunsa.

Justeru itu kita sebagai rakyat yang punyai pemikiran yang dinamik, peka dengan isu dan maklumat terkini yang berlaku,mari sama-sama lakukan perubahan demi untuk menyelamatkan Negara Malaysia dari terus dikuasai Umno-Bn yang mempedulikan hak rakyat secara jujur dan total.

Berilah undi anda kepada Pakatan pada PRU 13 yang akan menjelang.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 28 julai 2011.

28 Julai 2011

Pelantikan PM baru Thailand 1 Ogos ini

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Pihak berkuasa pilihan raya Thailand, semalam bertungkus-lumus bertugas mengesahkan calon yang menang pada pilihan raya umum 3 Julai lalu bagi memberi laluan kepada pembentukan Parlimen baru dan pelantikan perdana menteri baru yang dijangka dilakukan pada awal Ogos.

Setakat ini, 402 daripada 500 calon yang menang sudah diluluskan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) yang berhempas-pulas menangani sejumlah besar aduan dalam beberapa hari ini.

Sekiranya semua berjalan lancar, Yingluck Shinawatra, adik perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra akan menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand selepas parti Phue Thai menang besar dalam pilihan raya lalu. Mengikut undang-undang, EC perlu mengesahkan 95 peratus daripada calon yang menang atau 475 daripada 500 kerusi Parlimen supaya dewan rakyat dapat mengadakan persidangan rasmi pada Isnin, 1 Ogos ini. EC menegaskan ia akan dapat menyelesaikan proses itu a hari ini (semalam).

Sesi Parlimen bagi memilih speaker dewan akan dilakukan pada hari sama atau seberapa segera. Ia kemudian disusuli dengan sesi pelantikan perdana menteri. Minggu lalu, EC mengesahkan enam calon Phue Thai yang juga pemimpin kumpulan Baju Merah, menolak pertikaian mengenai peranan mereka dalam rusuhan demonstrasi berdarah di Bangkok tahun lalu. - Reuters

Negeri UMNO ada hospital larang pekerja pakai tudung

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

PAKAI TUDUNG DI MAHKOTA HOSPITAL MELAKA SATU KESALAHAN

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunyaan Singapore sahabat akrab Yahudi Israel.

kedahlanie/-

Kami Rakyat Dan PM Hak Kami, Kata Fareez

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMPANG JAYA 28 JULAI : Pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan menafikan sekeras-kerasnya beliau antara yang berniat mahu mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri itu semalam.

"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat,"katanya.

Pada satu sidang media yang diadakan hari ini, Fareez berkata, ekoran penahannya semalam beliau dihentam di Twitter, Facebook dan blog pro Umno kerana didakwa cuba mensabotaj program edaran Jalur Gemilang semalam.

" Malah ada yang melampau sehingga mendakwa saya merancang mahu mencederakan dan membunuh Perdana Menteri semalam hanya kerana kapisiti saya sebangai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM),"katanya.

Justeru itu beliau tampil hari ini menjelaskan bahawa usaha menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri bersabit penahanan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan tuntutan Bersih, adalah hak rakyat.

"Penahanan saya semalam juga menggambarkan seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyat,"katanya lagi.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan Najib dan media kawalannya agar tidak terus melayani rakyat sedemikian rupa kerana rakyat biasa juga punya hak ke atas Perdana Menteri dan negara ini.

"Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidah mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

"Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi,"katanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan bersama empat orang awam ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri bersabit penahanan rakyat di bawah akta Ordinan Darurat dan tuntutan Bersih 2.0.

Mereka ditahan sekitar jam 3 petang setelah berbaris bersama pelatih khidmat negara (PLKN) untuk berjumpa Najib Razak, yang hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Sebelum ditahan, kesemua mereka sempat melaungkan slogan 'reformasi' dan 'hidup rakyat'.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar, dan Sacchinathan.

Fareez juga secara berseloroh sempat berkata "Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

Kata-kata Fareez disambut gelak ketawa beberapa wartawan yang hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat ahli parlimen Ampang tengahari tadi.

tv selnagor/-

MP Jeyakumar mulakan mogok lapar

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut isterinya, R Mohanarani, Jeyakumar memberitahunya berhubung mogok lapar itu semasa beliau melawat suaminya semalam.

“Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan sejak 2 Julai lalu.

“Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan,” kata Mohanarani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, Jeyakumar memberitahu beliau akan mogok lapar mulai hari ini dalam usaha mendapatkan keadilan.

“Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga semua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar,” katanya.

Jeyakumar baru-baru ini dikejarkan ke hospital kerana komplikasi jantung sebelum dipindah ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

Mohanarani berkata bertekad meneruskan mogok lapar kerana telah hilang kepercayaan ke atas polis yang didakwanya 'menembak secara liar' menolak penafian bahawa mereka sebahagian daripada BERSIH 2.0 ataupun Parti Komunis Malaysia.

“Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani tiga laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang.

“Sekarang SB (polis cawangan khas) telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat semua siasatan sebagai sia-sia sahaja,” katanya.

Dalam kenyataan media berasingan setiausaha agung PSM S Arutchelvan beliau akan ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kesihatan ahli parlimen itu.

“Oleh tida pengesahan daripada pihak berkuasa, kami percaya Dr Jeyakumar telah memulakan mogok lapar dan kami amat bimbang dengan keadaan kesihatannya,” katanya.

malaysiakini/-

Wanita mencuri di kedai emas

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPING - Satu kejadian curi telah dilaporkan berlaku di sebuah kedai emas, dekat Jalan Pasar, di sini, kelmarin membabitkan kehilangan seutas rantai emas bernilai RM4,800.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis kini sedang memburu seorang wanita dan seorang lelaki yang dipercayai suspek kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian telah dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 4.30 petang oleh pemilik kedai emas berkenaan.

“Suspek utama merupakan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang dibantu seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Semasa kejadian, suspek dikatakan masuk ke dalam premis kedai emas berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan dan meminta untuk melihat seutas rantai emas yang dipamerkan untuk jualan,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Menurut Yusuf, polis telah dimaklumkan bahawa suspek juga telah berpura-pura merundingkan harga rantai emas berkenaan sebelum melarikan diri secara tiba-tiba.

Katanya, suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal, ditunggang seorang lelaki yang telah bersiap sedia menunggu suspek di luar premis kedai emas berkenaan.

“Pekerja kedai emas terbabit telah cuba mengejar suspek sewaktu kejadian namun gagal setelah terjatuh dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian siku, sementara pemilik telah melaporkan kejadian kepada polis dengan segera,” katanya.

Katanya, polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes itu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu curi dalam bangunan dan sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda RM10,000.

“Polis juga menyeru orang ramai yang melihat kejadian berkenaan untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan bagi membantu polis dalam siasatan kes ini, seterusnya menangkap suspek,” katanya.

sinar harian/-

PAS sokong larang wanita Islam jadi GRO

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 28 Julai: Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan.

Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Husin, berkata apa yang diharapkan ialah peraturan tersebut dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tidak bermusim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob semalam yang akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

“Peraturan yang baik menurut Islam tetap kita sokong, seperti diwartakan kerajaan Kedah baru-baru ini yang menghalang orang Islam masuk ke pusat-pusat hiburan.

“Sebenarnya bukan setakat pusat hiburan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga telah menggazetkan peraturan agama larangan orang Islam memasuki kedai judi, tetapi penguatkuasaanya sampai sekarang terus didiamkan.

“Sebab itu kita sokong tindakan terbaru MPK tetapi tidak mahu pernguatkuasaan bermusim, biar konsisten,” katanya kepada Harakahdaily.

MPK dalam kenyataan rasminya semalam bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

Tambah kenyataan tersebut, hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan.

Menurut kenyataan yang memetik Datuk Zulkifli itu, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

Dalam pada itu, Syed Anis berkata, satu masa dulu Kuantan pernah terkenal dengan panggilan ‘Hatyai Pantai Timur’, yang menggambarkan betapa bandar ini menjadi pusat maksiat.

Justeru inilah masanya untuk membendung atau membuang imej yang tidak baik seperti itu.

“Inilah menunjukkan pentingnya ada kuasa untuk mencegah maksiat. Kita tidak mahu kuasa agama di bawah kerajaan negeri hanya setakat tengok anak bulan untuk tentukan puasa dan raya sahaja, barulah Islam duduk di tempat tertinggi.

“Kita tidak nafikan mungkin ada tekanan dalam penguatkuasan. Jangan berpilih, contoh tangkap orang tak berpuasa di restoran murah saja sedangkan di hotel-hotel besar terlepas.

“Ambil perhatian juga pondan-pondan yang berkeliaran di Jalan Wong Ah Jang,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan GRO yang diterpaksa berhenti kerja, Syed Anis berkata kerajaan juga kena fikir apa persediaan untuk masa depan dan kehidupan mereka termasuk memberi pendedahan dan latihan kerja.

Tambahnya, Islam bukan saja mencegah tetapi juga menyediakan jalan penyelesaian jalan keluar betapa prihatinnya Islam.

“Kalau betul-betul peraturan dilaksanakan menurut Islam, PAS mesti sokong penuh. Kita doakan semoga yang dipilih menjadi penguatkuasa itu diberi kekuatan oleh Allah,” katanya.

Pada satu ketika dulu penguatkuasa di Pahang pernah dihebohkan apabila menangkap seorang model sambilan, Kartika Sari, kerana meminum arak di tempat umum.

Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman sebat.

harakahdaily/-

Lim: Bukan lagi mustahil tumbangkan k'jaan pusat

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

Kali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

Katanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim.

harakahdaily/-

Empat maut dalam kemalangan lori dengan trailer

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

BAGAN SERAI 28 Julai - Empat maut dalam kemalangan di antara sebuah bas dan loi trailer di km 201.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Semanggol, Perak awal pagi ini. - Utusan

Langgar peraturan SPRM: Laporan - 24 Ogos

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Laporan mengenai tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melanggar peraturan ketika menguruskan kes membabitkan pembantu politik Teoh Beng Hock akan dibentangkan di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Aduan pada 24 Ogos depan.

SPRM dalam kenyataan media berkata laporan tersebut dikehendaki disiapkan dalam tempoh sebulan oleh pegawai-pegawai daripada Pasukan Siasatan Khas.

Menurut kenyataan tersebut pasukan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaffar telah mengadakan mesyuarat pertama pada 25 Julai lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.

- Bernama

Dadah: 2 rakyat Malaysia mengaku bersalah

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

WELLINGTON 27 Julai - Dua lelaki rakyat Malaysia hari ini mengaku bersalah di mahkamah Auckland atas dakwaan menyeludup dadah ke New Zealand.

Fairfax Media melaporkan, kedua-dua lelaki itu, Eng Hin Ong, 39, dan Waihong Leong, 23, didakwa bersama-sama tujuh defendan lain.

Kedua-dua lelaki itu merupakan sebahagian daripada kumpulan pelancong yang menarik perhatian pegawai kastam pada April lalu ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

Mereka ditangkap di lapangan terbang itu setelah gerak-geri mereka menimbulkan kecurigaan.

Pegawai berkata, beberapa peket besar mengandungi methamphetamine berjumlah 8.5 kilogram turut ditemui di dalam kasut mereka.

Seorang lagi tertuduh, Ewe Hoe Ong, 40, sebelum ini telah mengaku bersalah kerana menyeludup dadah.

Ketiga-tiga defendan yang mengaku bersalah tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Auckland pada September ini.

April lalu, sekumpulan lapan lelaki dan dua wanita, kesemuanya rakyat Malaysia, didakwa menyeludup dadah, kes yang disifatkan sebagai keldai dadah paling banyak ditangkap dalam satu kejadian di New Zealand. - DPA

Nik Aziz harap Malaysia menang

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

“Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Secara peribadi, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap penjaga gol anak negeri itu, Khairul Fahmi dapat diturunkan untuk mengawal gawang pasukan negara.

Namun, kata beliau segalanya terpulang kepada percaturan pihak berkenaan.

“Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia!” ujarnya.

Pertemuan skuad Harimau Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura 23 Julai lalu, pasukan negara tewas 3-5.

harakahadaily/-

Ambiga-Wan Ahmad Bersemuka Lagi Esok

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 28 JULAI : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Menurut Malaysiakini, ahli jawatankuaasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria sendiri memaklumkan bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam (kelmarin)," katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam pada Selasa anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.

2 maut pesawat kargo terhempas di Korea Selatan

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

SEOUL: Pesawat kargo Penerbangan Asiana terhempas di selatan pulau Jeju, awal pagi tadi dan meragut dua nyawa, menurut pihak berkuasa Korea Selatan.

Beliau berkata, pesawat itu berlepas pada jam 3.05 pagi (waktu tempatan) menuju ke timur China, Pudong mengalami masalah mekanikal menyebabkan sebelum terhempas.
Jurucakap pengawal pantai Jeju, berkata serpihan pesawat ditemui bot peronda pengawal pantai kira-kira 100 kilometer barat pulau.

Katanya, empat bot pengawal pantai dan sebuah helikopter digunakan bagi mencari bangkai pesawat di sekitar kawasan terbabit.

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan Asiana, berkata pesawat Boeing 747 yang dibawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang membuat panggilan ke pusat kawalan lapangan terbang Jeju pada jam 4.11 pagi dengan meminta untuk membuat pendaratan kecemasan berikutan masalah mekanikal. - AFP

Dr Uthman diundang bincang Wahabi, terorisme

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Menurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan 'terikat' pada siang hari ketika umat Islam berpuasa.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Dikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai iman daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalam mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

Usaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

malaysiakini/-

Biometrik: Kenyataan Muhyiddin tidak berasas

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Malaysiakini hari ini bahawa PAS terlalu ORTODOK kerana menolak Biometrik adalah suatu kenyataan yang cukup cetek, sempit dan tiada asasnya seolah-olah PAS menolak segala bentuk kemajuan yang berasaskan Teknologi Maklumat.

Kenyataan Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDEC), Tan Sri Abdul Halim Ali baru-baru ini bahawa portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS menduduki tangga ke-6 daripada 1,145 laman web yang dinilai diperingkat kebangsaan jelas membuktikan bahawa PAS menjuarai penggunaan Teknologi Maklumat di dalam segala bentuk urusan khususnya yang berkaitan dengan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Keputusan PAS menolak Biometrik adalah daripada kajian yang teliti. PAS tidak menolak kemajuan. PAS tidak pernah menolak Teknologi Maklumat lebih-lebih lagi jika ia menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat khususnya kepada sektor ekonomi. PAS menolak Biometrik kerana jelas, masalah pengundi hantu dan pengundi berganda tidak akan dapat diselesaikan melalui Biometrik serta dilihat sebagai satu lagi helah’ projek baru’ yang cuba ‘dihalalkan’ oleh sebuah pemerintah yang diketahui rakyat menjuarai ketirisan di dalam menguruskan kewangan Negara.

Cukuplah dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene yang meragukan, kerugian Sime Darby sebanyak RM1.5 Billion, penyelewengan PKFZ dan sebagainya, rakyat sudah cukup muak dengan parti pemerintah yang sentiasa cuba menangguk di air yang keruh.

Satu lagi projek Barisan Nasional (BN) yang akan memenuhkan perut kroni-kroni mereka tanpa ada sekelumit pun hasilnya kepada rakyat.

Malah, cadangan itu dilihat cuba membunuh 2 ekor burung dengan seketul batu, satu permainan kotor SPR untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dengan berselindung disebalik ketelusan dan integriti.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa Sistem Biometrik yang dicadangkan SPR adalah untuk memperbaiki pendaftaran dan pengesahan pengundi serta mengatasi masalah pengundi hantu dan pengundi berganda jelas membuktikan bahawa kenyataan PAS sebelum ini bahawa masalah pengundi hantu dan pegundi berganda sememangnya wujud. Malah kenyataan itu juga membuktikan bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak tahu dimanakah punca masalah pengundi berganda dan pengundi hantu itu serta solusi yang tepat dan relevan untuk diketengahkan. Hakikat satu kenyataan yang tidak bebas dan berbaur politik.

Biometrik hanyalah kaedah pengesahan kali ke-2 selepas MYKAD. Dengan menggunakan kaedah cap jari yang unik, MYKAD juga mempunyai No.Kad Pengenalan yang unik di mana tidak mungkin lebih daripada seorang akan mempunyai Cap Jari dan No.Kad Pengenalan yang sama. Selepas pengesahan MYKAD, pengesahan kali ke-2 akan digunakan dengan menggunakan Cap Jari untuk memadankan Cap Jari itu dengan No.Kad Pengenalan di mana kedua-duanya perlulah dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR atau oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA masing-masing.

Malah Cap Jari itu juga boleh dimasukkan oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA mereka dan kemudiannya disalinkan ke PENGKALAN DATA SPR. Begitu juga sebaliknya.

Kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai oleh SPR milik kaedah yang sedia ada seperti di JPN dan di KWSP di mana No.Kad Pengenalan telah dipadankan dengan Cap Jari pemegang MYKAD dan pencarum KWSP di dalam PENGKALAN DATA mereka.

Rakyat harus tahu, sebelum mana-mana pengesahan dilakukan, No.Kad Pengenalan dan Cap Jari haruslah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam PENGKALAN DATA.

Terbukti, paparan daftar pengundi SPR yang berganda, dengan No.Kad Pengenalan yang sama di beberapa tempat mengundi yang berbeza serta memiliki lebih dari satu No.Kad Pengenalan Baru walaupun merujuk kepada No.Kad Pengenalan Lama yang sama jelas membuktikan bahawa maklumat berganda yang dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR dan JPN ke dalam PENGKALAN DATA adalah puncanya. Mungkin secara tidak sengaja dan mungkin juga dengan sengaja. Yang mana satukah harus rakyat percaya dengan tahap krisis keyakinan yang sedia ada?

Krisis keyakinan itulah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh parti yang memerintah dan bukannya SISTEM BIOMETRIK. Cadangan SPR dan Kerajaan Barisan Nasional(BN) terlalu jauh dihadapan sehingga lupa kepada perkara pokok yang harus ditangani terlebih dahulu. Adakah kegopohan itu kerana mereka tertekan? Adakah kerana KUASA dilihat sebagai HARTA persendirian, sehingga matlamat menghalalkan cara? Tan Sri Muhyiddin sudah lupa dengan KRISIS KEYAKINAN itu sehingga beliau sendiri berfikiran ORTODOK.

SISTEM BIOMETRIK hanyalah aplikasi capaian yang digunakan sebagai pengesahan peringkat Ke-2 selepas pengesahan MYKAD. Manipulasi kepada PENGKALAN DATA khususnya kepada No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang dimasukkan terdedah luas untuk dikhianati lebih-lebih lagi oleh mereka-mereka yang dilihat tidak bebas dan tidak bersih di dalam mengendalikannya.

Selagi perkara pokok tidak diatasi, selagi itu penggunaan dakwat kekal serta 7 cadangan BERSIH 2.0 RELEVAN buat masa ini.

(Penulis mempunyai kelulusan dan berpengalaman luas di dalam pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya pembangunan aplikasi di dalam pelbagai sektor industri khususnya perkilangan, perladangan, minyak dan gas.)

harakahdaily/-

27 Julai 2011

SPR Bersifat Defensif Sepanjang Wacana, Salahkan Agensi Lain

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 27 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat bersifat defensif dan mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

Beberapa soalan yang diajukan peserta Wacana "Apa Selepas 9 Julai" semalam ditepis Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai salah agensi-agensi kerajaan yang lain.

Misalannya kewujudan pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih dikatakan berpunca dari kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara mengemaskini data warganegara, ataupun keluarga pengundi mati hidup semula tidak memaklumkan kematian anggota keluarga berkenaan kepada JPN.

"Daftar pemilih kita ini dari 1959. Daftar pemilih yang sama dikitar sampai ke sekarang. Di bawah Perlembagaan tiada kuasa dapat keluarkan nama pengundi tanpa pengesahan dari jabatan berwajib.

"Tetapi kalau sudah waris tak melapor pada JPN, macam mana pengkalan data nak kemaskini yang si anu itu dah meninggal dunia,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata soalan yang diajukan para peserta wacana terlalu spesifik dan lebih layak diajukan kepada kerani SPR.

"Tadi Datuk Wan beritahu, bagi orang yang mati, warisnya kena maklumkan baru dikeluarkan (dari daftar pemilih). Bagi askar, polis, pelajar di luar negara, macam mana nak keluarkan? ,"soal salah seorang peserta wacana semalam.

Namun jawapan yang diharapkan, tidak diberikan oleh Wan Ahmad yang kemudiannya mengundang 'boo' oleh peserta wacana itu.

"Soalan anda terlalu teknikal. Kita ada pelbagai peringkat...saya bercakap sebagai dasar, tuan-tuan cakap pasal budak kerani punya kerja.

"Tuan-tuan tak boleh berbincang,"kata Wan Ahmad.

Selepas itu, moderator wacana itu, Wan Saiful Wan Jan meminta wacana itu ditamatkan atas arahan pihak atasan.

" Okay ini sahaja masa yang kita ada. Saya dimaklumkan bukan sahaja kita diminta untuk berhenti, tapi nak gulung pun tak sempat sebab ada arahan dari atas. Bukan Karangkraf, tapi atas lagi,"kata beliau.
Wacana anjuran Karangkraf semalam menyaksikan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wan Ahmad berdepan dengan cemuhan hadirin mengenai hala tuju sistem pilihan raya di negara ini.

Wan Ahmad yang di'boo' terpaksa meminta hadirin bertenang dan memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.

Manakala Ambiga pula berdepan dengan hadirin yang mendakwa kononnya Bersih tidak mengambilkira kepentingan rakyat dalam menganjurkan himpunan 9 Julai lalu.

tv selangor/-

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.

“Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau,” tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.

malaysiakini-/

Video polis Bersih 2.0 tak laku

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.

harakahdaily/-

Kadar parkir di Melbourne, Sydney antara paling mahal

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Sydney dan Melbourne mempunyai kadar parkir paling mahal di dunia ketika kedua-dua bandar raya berkenaan berusaha menggalakkan penduduk meninggalkan kereta mereka di rumah untuk ke tempat kerja, menurut satu kajian semalam.

Kajian Kadar Parkir oleh Colliers International mendapati Oslo, Norway sebagai tempat parkir paling mahal di dunia dengan kadar AS$89.04 (RM267) sehari, diikuti oleh Copenhagen di Denmark, AS$73.11 (RM219), kemudian Melbourne, AS$69.53 (RM209) dan Sydney AS67.42 (RM202).

Ibu negara Indonesia, Jakarta mempunyai kadar parkir paling murah daripada 156 bandar raya yang dikaji, iaitu AS$0.92 (RM2.76).

Pengarah kajian kebangsaan Colliers, Nerdida Conisbee berkata, levi majlis tempatan dan kerajaan melonjakkan kos di daerah perniagaan utama bandar raya Australia. - AFP

Anwar: Dolak dalik k'jaan alasan bebaskan PSM6

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikap tidak konsisten dan dolak dalik kerajaan berhubung tahanan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat adalah alasan utama bagi membebaskan mereka.

Dalam satu kenyataan di blognya, alasan keenam-enam mereka yang ditahan kerana didakwa terbabit dengan aktiviti subversif sebelum bertukar pula kepada terbabit merancang perhimpunan BERSIH 2.0 adalah tidak berasas sama sekali.

“Ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk burukkan BERSIH 2.0. semata-mata,” kata Anwar.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu.

Mereka yang kini dikenali sebagai PSM6 - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.

Sambil menuntut pembebasan segera keenam-enam individu yang dipercayainya mangsa “manipulasi politik”, Anwar berkata perkara itu penting kerana ada kemungkinannya mereka yang ditahan itu dikasari pihak polis semasa disoal siasat.
Manipulasi politik

“Kita prihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin itu semenjak dari 15hb Julai lagi.

“Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata sewajarnya Menteri Dalam Negeri prihatin dengan gesaan rakyat yang kini menuntut kerajaan supaya tidak bertindak sewenang wenangnya dan menyalahguna kuasa.

“Ketika perhimpunan BERSIH 2.0 itu rakyat menyaksikan ada sesegelintir dari pihak polis bertindak keterlaluan dan melampaui batas.

“Kita tidak mahu tugas pasukan polis, iaitu untuk melindungi keselamatan orang awam terjejas akibat manipulasi politik pemerintah,” katanya.

Justeru, kata Anwar yang juga ketua umum PKR, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman kerajaan yang bukan sahaja terhadap enam individu itu tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat.

“Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah,” katanya.

MALAYSIAKINI/-

Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

SYAFIQ...terjatuh dari kondominum
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.

MY METRO/-