19 Julai 2011

BERSIH: 'KDN tapis majalah Economist'

17 Syaaban 1432H. [MOD] -

Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.

Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal.

Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: