17 Syaaban 1432H. [MOD] -
THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam mengarahkan Thailand dan Kemboja untuk menarik balik tentera kedua-dua negara selepas mahkamah itu mengisytiharkan kawasan di sekitar kuil Preah Vihear sebagai zon bebas tentera.
ICJ turut menggesa kedua-dua negara terlibat dalam perebutan kuil tersebut untuk mengadakan rundingan baru bagi menyelesaikan konflik itu.
Puluhan ribu penduduk kedua negara terpaksa dipindahkan dan 18 orang terbunuh sejak pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja tercetus pada Februari lalu.
Seramai 11 daripada 15 hakim di mahkamah tersebut membuat keputusan keadaan masih belum stabil dan akan semakin buruk jika kedua negara tidak berunding.
Ketua hakim, Hisashi Owada turut mengarahkan Thailand dan Kemboja membenarkan wakil pemerhati ASEAN memasuki kawasan sekitar kuil purba itu.
Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya berkata, mereka berpuas hati dan menghormati keputusan pengisytiharan zon bebas tentera tersebut.
sinarharian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan