03 Ogos 2011

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.

Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.

malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua yang berhormat Pakatan rakyat minta bubarkan spr dan minta spr yang baru yang benar-benar bersih kalau dibiarkan hancurlah negara yang kita cintai.

Tanpa Nama berkata...

kecuaian teknikal?..ooooo...mcm tuuu...wakakakaka...

Tanpa Nama berkata...

Kemuskilan: Didapati sekarang, anak2 warganegara Indonesia yg lahir di Malaysia secara automatatik jadi warganegara M'sia kerana di sijil kelahiran dikategorikan sebagai warganegara. Adakah ini kerana pindaan terbaru dlm akta2 yg berkenaan dgn kewarganegaraan?