10 Syawal 1432H. [MOD] -
Saya ingin menjawab kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak berkenaan hasratnya mahu membersihkan sistem kehakiman Negara sekaligus mahu menyatakan kepada seluruh warga bahawa malaysia adalah sebuah Negara yang bersih dari sebarang penyalahgunaan kuasa terhadap jentera kerajaan khususnya mahkamah.
Bagi saya ucapan tersebut adalah kesinambungan pemimpin Bn yang terus menerus berusaha mengaburi mata rakyat bagi mendapatkan sokongan setiap kali pilihanraya akan menjelang. Ianya sekadar pemanis mulut tanpa app-apa tindaklan dan peruban yang sewajarnya sejak 54 tahun negara merdeka.
Kata Najib kepercayaan rakyat boleh terhakis bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran mahkamah.
Walhal pada hakikatnya mahkamah malaysia sejak Negara diterajui oleh Tun Mahathir, sistem perundangan semacam hanya untuk rakyat, manakala pimimpin tertinggi Negara kebal terhadap sebarang siasatan, jika disiasat sekalipun ia hanya berlaku secara bersyarat.
Sistem kehakiman yang sepatutnya menjadi simbol keadilan yang paling telus di Negara kini telah berlaku sebaliknya apabila perlembagaan berhadapan dengan pemimpin Umno-Bn . Di sekeliling kita ada banyak kes-kes yang berprofil tinggi yang tidak disiasat secara telus dan adil, bahkan banyak darinya tergantung tanpa keputusan yang jelas.
Begitu juga dalam krisis politik di Perak telah menyebabkan semakin terhakis kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman malah mendapat cemuhan demi cemuhan yang tidak sewajarnya. Puluhan kes yang melibatkan krisis politik di Perak satu piun tidak menyebelahi Pakatan Rakyat dan menimbulkan seribu persoalan yang sukar dijawab .
Bagi saya walaupun PM Najib mengumunkan NKRA untuk memerangi rasuah diutamakan dengan mewujudkan 16 Mahkamah Khas Rasuah sekalipun, jika sistem ini berada dalam penguasaan BN, selagi itu badan kehakiman boleh dimanipulasi.
Sebagai bukti, jika benar NKRA ini digubal sedemikian rupa, persoalannya mengapa apabila negara sepatutnya menyambut ketibaan seorang peguam terkemuka dari Perancis (Wiliam Bourdon) yang hadir bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, tiba-tiba dihantar pulang ke negaranya dengan tanpa sebarang alasan yang jelas?.
Pengusiran Wiliam Bourdon menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak, sepatutnya beliau (Najib) tidak perlu khuatir kerana peguam ini mahu dedahkan penjenayah sebenar mengenai isu rasuah besar yang telah berlaku dalam Negara, Sebagai pemimpin hasrat ini perlulah dialu-alukan demi membuktikan ucapannya untuk memerangi jenyah itu.
Adalah tidak munasabah jika tindakan tersebut dilakukan jika tidak ada pemimpin BN yang terlibat dengan skandal rasuah . Kenapa mereka perlu menghalau keluar seorang yang masuk ke dalam negara kita secara sah kalau bukan sesuatu isu yang sedang menghantui benak pemikiran beberapa orang pemimpin negara.
Sehinggakan perbicaraan dan laporan kes tersebut bakal dibicarakan di mahkamah London, ini mengambarkan bahawa mahkamah malaysia sudah tidak berfungsi sebagai mahkamah.
Maka tidak hairanlah mengapa Najib begitu teruja menyatakan perasaan bangganya terhadap prestasi badan kehakiman Negara seperti yang dinyatakan dalam ucapannya.
Inilah sikap talam dua muka pemimpin Negara (Umno-BN). Sedangkan pada realitinya mahkamah Malaysia walaupun segala bukti dibentangkan bagi perbicaraan sesuatu kes, setelah segala dokumen dikemukakan, segala fakta ditunjukkan,semuanya perlu ditentukan oleh orang atasan yang berkepentingan sebelum kes berjalan di mahkamah.
Jelas Parti Melayu ciptaan British ini terlalu kotor, bukan sahaja kotor luaranya, bahkan kotor dari akarnya, dan pernah dikatakan oleh bekas Presidennya sebagai busuk sampai ke usus.
Maka rakyatlah perlu jawab segala persoalan ini, dan rakyat juga punyai kuasa untuk menghalang sistem rimba yang korup ini, Merekalah yang menaikkan dan menjatuhkan pemimpin setiap kali pilihanraya. Oleh itu tolaklah BN yang saban tahun "menternak pemimpin yang rasuah".
Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 8 September 2011

3 ulasan:
Salam Aidilfitri ..... izin singah dilaman tuan
utk ketelusan yg hakiki dlm sistem kehakiman, perundangan dll badan penguatkuasa sebagaimana di zaman pemerintah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj hingga ke mantan PM Tun Hussien Onn, maka tolak lah BN - jgn pangkah dacing, itu solusi sebenar ut kmengatasi perkara ini. saya respect Tun Salleh Abbas manusia yg takut kpd Allah swt dari takut kpd manusia walaupun jawatan nya melayang tp akhir nya mendapat penghargaan setimpal dgn NILAI BUDI NYA.- menurut hadis dari 3 org hakim 2 dari nya ke NERAKA dan 1 ke SYURGA Allah swt.
umno parti kotor/danur/air lembah/najis dan berbau hancing lagi meloyakan..pemimpin yg kotor dan bersifat itulah yg mereka suka duduk dalam tu...siapa dia? dia ialah barisan kempimpinan umno.
Catat Ulasan