Ramadhan 1432H. [MOD] -
Mohmad Saidi Sabri.
Bota- 8 Sept: Ekoran dari kemenangan kes saman peserta Felcra jalan Kancu, Tapah, peneroka Felcra Nasaruddin (Belia) sudah berani menuntut hak mereka.
Seorang peneroka, En. Yusuf bin Mat, 50, mewakili 37 orang peneroka Nasruddin (Belia) hari ini telah membuat laporan dibalai polis Seri Iskandar, keatas kespen yelewengan pemberian hak milik tanah dan penyelewengan kos pembangunan tanah oleh pihak Felcra.
En.Yusuf berkata, pada tahun 1973, FelcraNasaruddin (Belia) telah diteroka dengan tanaman kelapa sawit dan getah.Peneroka yang ada disini pada hari in itelah diberi 10 ekartanaholeh Felcra seperti mana yang tercatit di dalam surat perjanjian. Tetapi, sehingga kini peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian itu walau pun sudah memohon beberapa kali sehingga keibupejabatFelcra di Kuala Lumpur. Sehingga pada bulan Mac,2009, kami dipaksa menandatangani surat projek tanam semula dan pihak Felcra menjanjikan kepada kami tanah seluas 10 ekar. Kemudian pada bulan Julai, 2009, kami telah diberihakmilikkeatastanah itu, tetapimalangnya, kami hanyamendapat 7 ekar sahaja dar ipada tanah itu, katanya yang juga selaku Pengerusi BAPA (Badan Bertindak Peserta Felcra Ng. Perak.)
Katanyalagi, kami amat tidak berpuas hati terhadap pihak Felcra yang mungkir janji apabila tidak menyerahkan keluasan tanah yang sepatutnya kami terimaiaitu, 10 ekar seperti yang dijanjikan untuk setia ppeneroka disini. Kami percaya kos pembangunan tanah yang sudah dipotong dari jumlah dividen yang kami terima selama ini,adalah berdasarkan 10 ekar tanah seperti yang dijanjikan. Iniamatmerugikanpihak kami. Serta kami percaya perkarainiadalah satu penipuan dan penyelewengan kuasa apabila surat salinan perjanjian tidak pernah diberikan untuk kami mendapatkan maklumat sebenar berkenaan kedudukan tanah milik kami, ujar beliau.
Turut hadir bersama peneroka di balai polis, TnHj. Razman Zakaria, Pengerusi BAPA Kebangsaan dan Tn Hj. Ramli Kanji, peserta Felcrajalan kancu, Tapah, yang telah menang saman keatas Felcra baru-baru ini.
Menurut HjRazman, kes ini juga akan dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat ini supaya disiasat dan dapat dibawa kemuka pengadilan.
3 ulasan:
Exco pembangunan luar bandar, Perladangan, pembasmian kemiskinan Kerajaan negeri perak hanya mampu mempertahankan FELCRA sahaja disamping mengaut kekayaan projek yang megkayakan kroni-kroni. Terbaru Perojek kolam udang di Pantai Remis yang menelan jutaan ringgit yang mana sudah pasti dimiliki oleh sanak saudara beliau. Mohon PAS Perak siasat........... Hancur UMNO......
SALAM ZIARAH ! BILA NAK TAZKIRAH DAN SINGGAH DI SINI
Bila Felcra dimilik oleh syarikat dan peserta tiada ada kepentingan didalamnya,beginilah terjadinya......sepatutnya felcra itu hak peserta dan peserta itu adah Felcra........
kembalikan Felcra kp peserta @ rakyat kerana itulah tujuan asal penubuhan Felcra......
Catat Ulasan