15 September 2011

Kematian Aminulrasyid: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara

17 Syawal 1432H. [MOD] -

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Jenain terhadap keputusan tersebut.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan ikatjamin sebanyak RM10,000.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Jenain didapati bersalah melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada 26 April 2010.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: