Firma Arkitek yang dilantik dan diberi tanggungjawab sepenuhnya menguruskan mengenai lukisan pelan pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Anwar sehingga kelmarin 14 Sept telah menyiapkan gambaran sebenar mengenai mercu tanda Kompleks iaitu sebuah Surau yang boleh memuatkan sekitar 500 orang jemaah dalam satu masa.
Gabaran seperti di atas adalah salah satu dari bentuk senibina Cina yang menjadi mercu tanda Kompleks disam mping kesemua bagunan lain yang akan dibangunkan dengan konsep yang sama.
Pihak berkenaan juga mengesahkan dengan Idham Care mengenai gambaran susun letak semua komponen kompleks akan siap dilukis pada 20 September akan datang sebagai persiapan untuk Majlis Pelancaran pada 25 September.
Idham Care mengucapkan berbanyak terima kasih kepada firma arkitek yang berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah gigih berusaha dari awal bagi menghasilkan lakaran pelan bangunan bercirikan senibina cina yang menjadi konsep utama kompleks ini sehingga ianya dapat direalisasikan dalam pelan pembangunan menyeluruh kompleks ini tidak berapa lama lagi.
Anggaran kos pembangunan Surau yang digambarkan diatas mencecah kos sekitar RM 1.5 Juta.
Harapan saya Projek yang pertama kali seumpamanya dalam bentuk Kompleks Pendidikan berseni bina Cina ini mendapat sokongan dari seluruh umat islam di mana mereka berada.
Dengan moto "Sekarang siapa saja mampu berwakaf" saya harapkan bantuan dari seluruh umat Islam mencurah-curah masuk ke Akaun Idham Care di MayBank No : 558417102650 bagi menjayakan terbina sehingga siap Kompleks Pendidikan Darul Anwar dengan kos anggaran keseluruhan sebanyak RM 5 Juta.
Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi Idham Care.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan