15 September 2011

Singapura tawar padam kebakaran di Sumatera

17 Syawal 1432H. [MOD] -



SINGAPURA: Singapura menawar untuk menghantar pesawat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran yang mengancam Kejuaraan Formula Satu (F1) waktu malam yang dijadualkan bermula minggu depan di negara itu, lapor media tempatan.

Kebakaran hutan yang dimulakan secara haram oleh petani dan syarikat pembalakan di Pulau Sumatera Indonesia ketika musim kering menyebabkan jerebu hampir setiap tahun di Singapura dan Malaysia yang turut menjejaskan kesihatan rakyat kedua-dua negara terbabit.

Kami ada pasukan yang sentiasa bersedia untuk bantu padamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia bergantung kepada permintaan Indonesia jika mahukan bantuan kami. - Vivian Balakrishan, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Indonesia, pengeluar utama dunia minyak kelapa sawit berulang kali berjanji untuk menangani perkara terbabit bagaimanapun kebakaran hutan masih lagi menjadi masalah tahunan disebabkan lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara berkenaan.

“Kami mempunyai satu pasukan yang sentiasa bersedia untuk membantu memadamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia tetap bergantung permintaan Indonesia jika ia mahukan bantuan kami, atau mahu melakukannya sendiri,” kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishan.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia seperti cuba untuk memadamkan kebakaran itu sendiri. Tahun lalu, jerebu memaksa Malaysia mengeluarkan amaran kepada kapal di Selat Melaka berikutan jarak penglihatan yang lemah hingga kurang dua batu nautika selain terpaksa menutup banyak sekolah.

Malaysia melahirkan kebimbangan kepada Indonesia berikutan 600 titik panas yang dikesan di Sumatera, lapor agensi berita BERNAMA yang memetik Menteri Alam Sekitar dan Sumber semula jadi, Douglas Uggah Embas awal minggu ini. 
Singapura menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Formula Satu bulan ini. Tidak seperti kebanyakan kejuaraan lain, acara di Singapura berlangsung pada waktu malam untuk menarik penonton televisyen Eropah.

Jerebu menyelubungi Singapura dan Malaysia sejak hujung minggu lalu. Di Indonesia, lapangan terbang di Jambi, Sumatera masih lagi ditutup sebahagiannya berikutan jerebu. – Reuters 

Tiada ulasan: