22 Syawal 1432H. [MOD] -
Apabila Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak pelawaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin untuk berdebat, beliau menyifatkan ianya sangat wajar.
“Mat Sabu lawan Khairy macam pasukan (bolasepak) Brazil lawan Tokai (sebuah pekan kecil di Kedah).” Memang, selayaknya Mat Sabu berlawan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab sama-sama memegang jawatan Timbalan Presiden Parti.
Perbandingan yang tidak sepadan ini juga berlaku dalam Majlis Penerangan Perdana BN Kedah di Dewan Wawasan, Jitra. BN telah menyenaraikan sebahagian peruntukan Pusat yang diberikan kepada rakyat negeri ini berbanding apa yang diberikan oleh kerajaan Negeri. Antaranya bantuan kebajikan Negeri RM150 sedangkan Pusat telah memberi sehingga semaksimum RM350.
Sewaktu banjir besar melanda Kedah tahun lalu, Negeri memberi bantuan awal sebanyak lebih RM2 juta sedangkan Pusat memberi bantuan ehsan sebanyak RM20 juta. Banyak lagi fakta perbandingan yang dikemukakan kepada jentera penerangan BN tersebut.
Apabila kerajaan negeri sekarang dalam buku pencapaiannya menyenaraikan sumbangan kewangan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan bukan Melayu, mereka pun mengeluarkan pula fakta peruntukan Pusat melalui Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebanyak RM75 juta.
Membandingkan kemampuan kewangan antara kerajaan Negeri dan Pusat adalah tindakan tidak bertanggungjawab untuk menipu golongan rakyat yang jahil. Hasil negeri di zaman PAS baru di sekitar RM490 juta. Sekalipun ia jauh lebih baik dari hasil di zaman BN (sekitar 300 juta) namun mana mungkin setanding dengan hasil Pusat yang melebihi RM60 billion setahun. Semua jenis cukai dikutip Pusat, hanya secubit yang dikutip Negeri.
Perbandingan sepatutnya antara kerajaan negeri sekarang dan dahulu. Misalnya peruntukan bantuan kebajikan dahulu cuma RM100 sebulan, sekarang dinaikkan menjadi RM150 sebulan. Dahulu tiada peruntukan membiayai kebudayaan kaum, sekarang RM1.5 diperuntukkan. Dahulu tiada skim Kafalah, sekarang ada.
Sebenarnya jika perbandingan dibuat ternyata kerajaan BN dulu tewas dalam banyak perkara kerana di hampir semua jabatan negeri peruntukan bertambah akibat berlaku pertambahan hasil negeri.
Lagi isu yang dibangkitkan BN dalam program penerangannya ialah PAS tidak perlu berbangga melantik bukan Melayu sebagai Exco seperti yang tercatat dalam manifesto. Kata mereka, ia bukan pencapaian yang perlu dicatatkan kerana sudah dibuat oleh BN sejak sekian lama. “Agak kelakar.
Apakah itu satu pencapaian? Hebat sangatkah kerajaan Pakatan Rakyat melantik bukan Melayu sebagai Exco?” Itu antara yang tercatat dalam risalah propaganda BN.
Sepatutnya BN bertanya diri sendiri, mengapa perkara tersebut dicatatkan dalam manifesto PAS. Berdekad-dekad lamanya imej PAS buruk di kalangan bukan Melayu/Islam di negara ini. BN beritahu mereka jika PAS memerintah maka bukan Melayu/Islam akan terpinggir. Tiada tempat untuk bukan Melayu/Islam dalam berkongsi kuasa pentadbiran. Mereka tidak bebas mengamalkan kebudayaan kaum sendiri. Lantas PAS membersihkan diri dengan membuat penegasan dalam manifesto.
Apabila menang, janji tersebut ditunaikan. Memang ia tidak pelik bagi BN yang telah melaksanakannya tetapi ia berjaya meruntuhkan dakwaan pelik yang dibuat oleh BN selama ini terhadap PAS.
BN turut mempertikaikan sumbangan kerajaan Negeri terhadap sekolah agama rakyat yang sewaktu mereka berkuasa tidak pernah menghulurkan sesen pun. “Rakyat akan menganggap PAS berbuat begitu untuk memperalatkan sekolah agama rakyat da institusi pondok bagi kepentingan politik mereka.
Di situ pelajar ditarbiah supaya menyokong perjuangan PAS dan membenci Umno dan BN.” Itu antara parasangka buruk mereka dalam percubaan mengubah minda sasaran penerangan BN.
Tuduhan tersebut adalah lanjutan dari serangan Tun Dr. Mahathir semasa berkuasanya terhadap sekolah agama rakyat. Semua institusi yang di dalamnya ada ilmu Islam, ketayap, serban dan jubah maka ia dianggap musuh Umno,
lantas ia tidak perlu dibantu. Itulah sikap Umno yang hidup penuh prejudis terhadap golongan bukan Umno. PAS tidak perlu mentarbiyah pelajar SAR untuk menyokong PAS kerana setiap orang yang ada Islam dalam jiwanya pasti akan menyokong perjuangan Islam. Hendak membuang perjuangan Islam dari golongan yang kenal ilmu Islam, samalah macam sukarnya nak membuang rasuah dari Umno. Ia sudah sebati.
Lagi tuduhan BN ialah kononnya kerajaan berbohong apabila mendakwa Kedah adalah pengeluar nenas yang kedua terbesar di Malaysia selepas Johor tetapi mereka tidak pula menyatakan kalau bukan Kedah, negeri mana pengeluar nenas kedua terbesar? Begitu juga mereka kononnya kerajaan berbohong apabila mendakwa berjaya membina pusat pengumpulan,
memproses dan mengetin buah-buahan tempatan di Sungai Petani. Mereka mendakwa kilang seperti itu tidak wujud walhal sejak Julai 2011 ia telah mula memasarkan pelbagai produk buah-buahan tempatan. Antaranya yang berasaskan buah rambutan dan mangga.
Pelik sungguh BN, cara menidakkan keupayaan kerajaan negeri ialah dengan mendakwa kerajaan berbohong tentang kewujudan sesuatu yang dibuat sedangkan perkara tersebut dilaksanakan. Berbohong dengan menuduh orang berbohong pun bohong juga namanya. Ini yang disebut pebohong besar!
kedahlanie/-
1 ulasan:
besa la klo org yg lidah bercabang selalu cakap mcm 2.....
Catat Ulasan