24 Oktober 2011

TAHUKAH ANDA SIAPA MUAMMAR GADDAFI ?

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

( Siapa pun dia sebenarnya dia lebih baik dari Pemimpin kita...Itulah sebab didibenci Amerika dan Yahudi...)

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anda adalah seorang yg jahil ilmu, tidak pandai menggunakan kepandaian berinternet untuk mendapatkan sumber yg lebih sahih.

Antara point-point yg ditulis di atas, cuma no 7, 13 dan kemungkinan no 15 yg benar. Yang lainnya hanyalah dakyah palsu yg disebar oleh pihak yg bersekongkol dgn Gaddafi.

Anda cuma perlu google "gaddafi libya" dan akan mendapatkan beribu butiran kekejaman yg telah dilakukan oleh Gaddafi terhadap rakyat negaranya sendiri.

Seburuk-buruk peimimpin UMNO, sekejam-kejam akta ISA, tidak sampai 1% menyamai keburukan Gaddafi. Bersyukurlah anda tidak dilahirkan atau hidup di bumi Libya sementara Gaddafi berkuasa.

Sebelum anda menuduh saya menipu atau mendapat maklumat yg salah, saya mendapat maklumat terus dari penduduk Libya yg bangkit menentang Gaddafi, dan juga dari pemberita asing yg berusaha pergi ke Libya mendapatkan maklumat langsung. Beratus ribu warga Libya dan berpuluh pemberita asing maut antara 15hb Februari sehingga hari Gaddafi dibunuh, dan anda yg hanya menulis dari keselesaaan rumah anda boleh memberi ulasan yg sebegini?

dino.yp@gmail.com berkata...

betul! pas harus belajar dari tragedi libya!

Huda Al Hadi berkata...

Insyaallah seorang wira akan ditinta sebagai wira. Takdir berlaku bagi kita menjdikan ianya teladan yang mendalam agar kita tidak mudah percayakan janji manis dari gerombolan zionis laknat. Jangan terpedaya mereka adalah satu-satunya penyelamat 'Dunia', Mereka sentiasa meelebelkan sebagai penyelamat yang terbaik.

Lihatlah bagaimana mereka menyantun jenazah Gaddafi. Malah cara mereka bunuh gaddafi pun tidak bertamadun. Jauh dalam diri mereka untuk menjejaki sifat Saidina Ali Karamallah wajhah. Yang membunuh Gaddafi bukan orang lain saudara dalam Islam juga tetapi telah berimamkan pengaruh Amerika dan Zionis laknat dengan bantuan NATO yang sudah tentu bukan Wadah islamik.

Hubaya-hubaya...! rakyat Malaysia janganlah membiarkan diri turut meraya kejatuhan Gaddafi kerana kecenderungan yang dilihat cara berita dari media kita seolah sedemikian. Jangan membiar laungan palsu mempengaruhi kita. Lihat apa jadi di Iraq dan Afqhanistan masih tidak menentu halatujunya.

Sedarlah dan bangkitlah memperlengkapkan diri dengan ilmu islam agar keimanan terhadap agama islam tidak mudah ditenggelamkan hanya dengan sedikit dakyah.

mamattengik berkata...

Gaddafi telah mati di khianati bangsa sendiri yang telah diperdaya zion dan sekutunya. Bagaimana nasib Malaysia nanti? rujuk http://akhzaman.blogspot.com/2011/10/rahsia-tersembunyi-yang-amat-digeruni_6248.html#comments

yb berkata...

Bagaimana pula dengan kes dia merogol bodyguard?

http://1426.blogspot.com/2011/10/gaddafi-raped-his-female-bodyguards.html

Tanpa Nama berkata...

begitulah dunia akhir zaman. kita kena lihat dengan mata hati bukan hanya mata zahir semata-mata. dengarkan apa kata max keiser, pakar ekonomi terkenal dan Senator Ron paul...the bankers won again!

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia pun telah ada golongan yg sanggup jadi BARUA barat dn Yahudi..

MujahidahPuteri berkata...

salam.sbnrnye apa yg myebabkan rakyat libya marah dan benci mummar gaddafi?shngga mayatnya diperlakukan sekejam-kejamnya.

ust lukman berkata...

Terimakasih pendedahan itu, termasuk saya, tidak tahu akan kedudukan itu. Muah-mudahan ia syahid

nuruddin berkata...

assalamualaikum.

maaflah, baru2 ini ada sahabat saya yang bertanyakan sahabatnya dari yang membesar di Libya, mengenai kebenaran kekejaman Gaddafi. Ini cerita yang dibawakan. bukan menyokong mana2 pihak, tapi hanya sekadar perbandingan.

Salam. As a Libyan-born citizen, with family in the three of the biggest cities in Libya, the simple answer to the above question is - HUH?!?!

It’s important that we dig our heads out of the sand before we come to assume if anything is true, looking at the reality of life in Libya during the last 42 years can only be explained by the mere level of sacrifice endured during this revolution.

The above mainly points out economic factors to Gaddafi’s corrupt era.

More than 30% of Libyans live at or below the national poverty line, of course depends on how we define the national poverty line but in a country that is one of the biggest exporters of oil in the world and with a mere population of 5million it’s shocking that a standard salary for civil servants (teachers, police men etc) does not exceed 240dollars per month. My friend is a doctor (head of a dept. in Benghazi’s biggest medical center) is on a salary of 450dollars/month. There has never been such a thing as free housing, or free education (English language banned in Libya for 15 years).. or free cars or free weddings or any expenses paid to you on behalf of the regime, of course unless you're one of his children, or held a some sort of position in his goverNOment all the above would be deemed pretty true.

Sadly in a country with so much potential all you need to do is walk down the streets of Benghazi where main roads don't even have tarmac. Never mind basic infrastructure, the country doesn’t have a sewerage system, a proper sanitation system, an extremely poor undeveloped educational system (books they teach in primary schools today are the same books my parents went to school with), a very corrupt health system (many people have to travel abroad to get treatment.


But here is what is more important to shed light upon.
Despite the point that these facts are rather bizarrely a fictional piece of writing from a person I guarantee isn’t even Libyan, I want to shed light into something that is even more important than all the examples I gave above, something even despite that if all the above statements were in some inexplicable way true, the main suffering of the Libyan people isn't just money, in fact the economic factor despite being very abused is somewhat irrelevant. This spark of this revolution wasn't at all a quest for money (otherwise we would have all been satisfied when they came out in the early days and tried to seduce us with hundreds of thousands that have been taken away from us for decades), it wasn't merely a quest for luxury or houses or cars or financial satisfaction or or or any of the above,, It was a quest for human dignity, a quest for pride, a quest for personal honor, that which has been taken away from them for many almost half a century, that which they have been for many years tortured, killed, hanged, raped mercilessly for.

Finally even if people do not agree with what I say or the facts I put forward or the harsh reality of the lives of many of my people, Gaddafi has ultimately robbed us from our country, after all the people should have every right to chose who represents them, who controls the affairs of their country, who decides to speak on their behalf, even if a president is a good person to the country it still gives him no right to hijack it from its people, right? (of course not that I believe he left any act worth of praise)

I can stay here and talk without end how my uncle was executed for no criminal reason, why my grandfather was imprisoned for 7 years with no trial, why many neighbors, friends and family have no one to appeal to in a corrupt judiciary when they are wronged.

This may seem like a nightmare, but is and was the reality of my people for 42 years of global silence.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Maaf Tuan... saya tak percaya maklumat ini sehingga saya tahu dari mana sumber maklumat ini datang. Biasanya pemimpin zalim/diktator akan membesar2kan madu setitik yg diberi kepada rakyat dan menyembunyikan racun selaut yg dicurah kepada rakyat...mcm yg digembar-geburkan oleh pemimpin dan akhbar2 utama negara kita. Jom link dengan blog saya.http://azharibinhamzah.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin BN kata peserta Bersih 2.0 jahat, Bersih 2.0 kata BN yang jahat... cuba tanya masyarakat dunia mereka percaya berita yang mana berkenaan Bersih 2.0... sudah pasti jawapannya adalah seperti peristiwa Ghadafi.... tiada kepastian.

Nurfarah berkata...

Hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang sumber media tidak boleh dipercayai 100%. Kadang2 media ni memberi kenyataan yang salah. Contohnya, media Barat, sudah semesti memputar belit fakta kerana mereka ada kepentingan mereka sendiri. Kadang2 yang benar jadi palsu, yang palsu jadi benar. Hadith Nabi saw: Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah mencaci maki orang-orang yang telah mati, kerana mereka telah sampai pada balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." Riwayat Bukhari.

Bapa Transformer berkata...

Item no 4...

hmmmm.. habis tu .yang dayang-dayang pun tidur di khemah jugak.. habis tu istana presiden nak buat ape... untuk rakyat tidur?..


Kalau majoriti rakyat menentang.. mesti ade sesuatu yang tak kena... kalau seseorang itu memerintah selama 46 tahun, dia akan merasakan negara ini milik mutlak dia..dan hanya dia dan keturunan dia saje yang layak memerintah..cam le jugak kat Malaysia..kan.

lagi satu..ini semua adaleh pembersihan yang akan berlaku untuk merintis jalan kepada Iman Mahdi... tanah arab akan berlaku pembersihan politik untuk menerima Imam mahdi sebagai teraju utama.

Tanpa Nama berkata...

Ni org barat tulis, kita org Islam?

http://gagnauga.is/index.php?Fl=Greinar&ID=169#1st%20chapter

Tanpa Nama berkata...

In 2009 I was in Libya for 7 months, the Russian company I was working for at the time got a contract to build a highway in Libya. When I was there I saw allot of people who were happy with Gaddafi, and I was very very shocked when I saw the videos of his body being dragged on the news. I could not believe it. During the 7 months I was there, I saw so much love from the people towards him, everyone had Gaddafi’s picture or his sons picture on their mobile phones, and they all spoke well of him. I would like to add the following points brought up by the OP are true.

Free education, true
Free health care, true
$50,000 housing money for just married couples, True
Interest free loans, True, furthermore, lending or giving money under interest was forbidden by the law.
Near free gasoline prices, true
plus the unemployment which was near 800usd a month, far more than in allot of European countries.
Plus the money given for each birth to the parents.
The golden Dinar is true as well.
If these points are true, then the OP did his research and the rest I am sure are true as well.

This I know from first hand, actually being there, not like most people here who have never been to the country and make worthless posts about it. During my 7 months I never saw any oppression or anything. I respected the man, I believe he was a good lieder and the country lost the greatest asset it had. Libya will be in civil war and will see the greatest suffering yet for the next 20-50 years.


Sumber: http://www.abovetopsecret.com/forum/thread767009/pg2

Ex Avantz berkata...

saya rasa jgn terpengaruh sgt dengan blog2 dari luar tentang kebaikan muaammar gadafi ni...

saya teringat sewaktu dia menggulingkan King Idris I (Al-Malik Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad Al-Mahdi As-Sanusi) merupakan salah seorang Syeikh ataupun Guru kepada al-Muhaddith Syeikh Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani dan merupakan keturunan Rasulullah saw melalui Sayyiduna Hasan.Beliau yg lebih dikenali sebagai King Idris (12 Mac 1889 - 25 Mei 1983) yg memerintah Libya sebelum digulingkan oleh Muammar Gaddafi. Maka para Ulama' berkata mengenai Muammar Gaddafi - "Allah akan menghina Muammar Gaddafi kerana dia telah menggulingkan Ahlul Bait Rasulullah saw"

wallahualam

Tanpa Nama berkata...

bengong punya post