01 November 2011

Silalah Umno ceramah bersebelahan program PAS

4 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BUKIT KATIL, 1 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) mengalu-alukan keputusan Umno ingin mengadakan ceramah di sebelah program Makan Malam Sempena Ulang Tahun PAS ke-60 malam ini.

Adly berkata, PAS negeri sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa kesan dari keputusan Umno mengadakan program ceramah bersebelahan itu.

"Kami sudah maklumkan pada polis kesan provokasi Umno ini. Negara ini mengamalkan demokrasi sesiapa pun boleh menganjurkan program dan ceramah," kata Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau menjemput seluruh rakyat negeri Melaka hadir pada kedua-dua program tersebut dan mereka boleh menilai siapa yang matang dan tidak matang di samping boleh memikirkan hujah-hujah yang diperkatakan oleh pemimpin PAS dan penceramah Umno.

"Datuk Ali boleh nilai malam ini, nak tanding di Dun Bukit Baru atau pindah ke Parlimen Tangga Batu," tambah Adly.

Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini yang diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong.

Dua orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: