13 Januari 2012

651 banduan di Myanmar diberi pengampunan Presiden

19 Safar 1433H. [MOD] -

YANGON 13 Jan. – Seramai 651 banduan di Myanmar mula dibebaskan hari ini selepas mereka menerima pengampunan daripada Presiden.

Bagaimanapun pembebasan itu belum dapat dipastikan sama ada ia termasuk tahanan politik.

Menurut radio dan televisyen kerajaan lewat semalam, pembebasan itu dibuat bagi membolehkan mereka menyertai pembangunan negara ini.

Senarai banduan yang diberi pengampunan tidak didedahkan, tetapi mengikut tafsiran pengumuman tersebut, ia termasuklah tahanan politik. – AFP

Tiada ulasan: