13 Januari 2012

Al Fatihah : Kakitangan Pejabat Agung PAS meninggal dunia

19 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Petugas di Pejabat Agung PAS, Syed Mohamad Syed Hasan, 62, (Gambar)meninggal dunia pagi ini.

Beliau yang mengalami batuk sejak malam tadi meninggal di rumahnya di Taman Melewar kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurut isterinya, Saribah Salleh, allahyarham kelihatan agak lemah sekitar jam 8 pagi ini.

Katanya, doktor yang dipanggil ke rumah kira-kira setengah kemudian mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Jenazah allayarhan kini berada di rumahnya dan akan dimandikan jam 11 pagi.

Jenazah akan dikebumikan setelah disembahyangkan selepas solat Jumaat di di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak.

Kami seluruh warga kerja Blog Cina Islam mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham dengan harapan semuga Allah memberi kesabaran dan ketabahan dengan segala ujian yang berlaku ini.

Tiada ulasan: