13 Januari 2012

Bieber lancar robot menari

19 Safar 1433H. [MOD] -

JUSTIN BIEBER meletakkan mikrofon dekat dengan pembesar suara yang terdapat pada robot dengan disaksikan Ho Vinh Hoang (dua dari kiri) dan Allison Hagendorf.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul pada Pertunjukan Pengguna Elektronik Antarabangsa di sini kelmarin.

Bieber, 17, yang popular dengan lagu Baby melancarkan robot menari yang dilengkapi pembesar suara mudah alih keluaran syarikat TOSY Robotics JSC dari Vietnam.

Dia yang terkenal dengan lagu Baby melancarkan robot itu yang dikenali mRobo dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TOSY Robotics JSC, Ho Vinh Hoang dan wartawan muzik, Allison Hagendorf.

Bieber yang memakai jaket Louis Vuitton sempat meluangkan masa untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat.

Harga robot itu tidak didedahkan dan jumlah bayaran yang diberikan kepada penyanyi itu kerana melancarkan robot berkenaan juga tidak diketahui. - Agensi

Tiada ulasan: