12 Safar 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang lelaki menggunakan helah membeli ubat kurap sebelum menyamun sebuah farmasi di Jalan Bukit Sekilau, lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.15 malam itu, mangsa yang juga pekerja farmasi itu, Jaslini Jasni, 32, berada di kaunter bayaran bersama seorang pekerja, Nur Hafifah Mohd, 19.
Menurutnya, lelaki tersebut memasuki farmasi seorang diri dengan memakai topi keledar dan membeli ubat kurap sebelum membuat bayaran RM10 di kaunter.
“Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa. Bagaimana pun, selesai membuat pembayaran dia berlegar-legar di dalam farmasi sebelum memasuki bahagian kaunter dan bertindak mengacukan pisau di perut Nur Hafifah serta meminta saya menyerahkan wang yang terdapat di dalam mesin wang.
“Akibat takut dicederakan, saya mengeluarkan semua duit di dalam mesin wang berjumlah RM300, namun dia tidak berpuas hati lalu mengarahkan kami menyerahkan beg tangan,” katanya kepada Sinar Harian.
Kedua-dua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan