12 Safar 1433H. [MOD] -
SEREMBAN - Tanggapan pihak tertentu yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipenjarakan adalah kurang tepat.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, PR mampu meneruskan perjuangan dan tetap bersama dalam satu pasukan demi menegakkan keadilan untuk rakyat.
“Yang penting, rakyat mesti pastikan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya pada ceramah khas di pekarangan Pejabat PKR negeri di sini, malam kelmarin.
DI MELAKA, dalam ceramahnya yang dihadiri 3,000 penyokong, Anwar menegaskan supaya penyokongnya terus menumpukan perhatian pada PRU13, berbanding keputusan mahkamah terhadapnya Isnin depan.
Anwar berkata, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau sebaliknya, tidak penting tetapi yang perlu diutamakan adalah keputusan rakyat membuat pilihan untuk mengubah kerajaan pada pilihan raya akan datang.
“Saya mahu semua penyokong dan rakyat fokus pada pilihan raya, malah perkara ini telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub,” katanya.
Ceramah itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan dan majlis yang sama turut diadakan Barisan Nasional (BN) di kawasan bersebelahan, dengan jarak tidak sampai 100 meter.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan