16 Safar 1433H. [MOD] -
IPOH – Hak anggota kariah menguruskan sebarang majlis-majlis ilmu di masjid perlu dikembalikan berikutan wujudnya cubaan pihak-pihak tertentu untuk campur tangan dalam aspek pentadbiran masjid.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, senario tersebut jelas menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati jemaah dan kariah di satu-satu kawasan.
Menurutnya, jika ada mana-mana entiti politik yang berfahaman kebangsaan dan berfikiran sekular menguasai masjid, ia akan membawa satu wabak yang bakal melumpuhkan peranan sebenar masjid dalam mendidik ummah.
“Masjid yang terlibat dengan permainan puak seperti ini akan membawa kekecohan dan pecah belah dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya ketika mengulas kekecohan yang berlaku berikutan sekatan mengadakan kuliah Subuh dan Maghrib di Masjid Daerah Taiping baru-baru ini.
Tambah beliau, dalam perkara tersebut semua pihak harus menyedari bahawa masjid yang diasaskan atas jalan takwa harus mampu membawa jemaah dan ahli kariahnya mendekatkan diri kepada ALLAH.
“Oleh itu, golongan muttaqin tanpa mengira latar belakang adalah individu yang paling layak untuk menjaga rumah Allah,” katanya.
Jelas, adalah diharap agar fungsi masjid dan surau dapat dikembalikan semula sesuai dengan matlamat sebenarnya bagi melahirkan manusia bertakwa sekali gus mengeratkan perpaduan umat Islam.
“Pihak yang berkenaan seharusnya menghormati setiap jemaah masjid dan membiarkan mereka menentukan sendiri siapa yang akan menjadi pentadbir,” katanya.
Abu Bakar berkata, sekiranya tindakan memberi peluang kepada jemaah dan kariah masjid untuk mengurus, aspek keharmonian akan berjaya diserlahkan lagi.
“Biarlah jemaah yang menentukan sendiri siapa yang akan mentadbir dan memimpin sesebuah masjid atau surau kerana mereka lebih mengetahui keadaan sesuatu tempat.
“Tanpa campur tangan politik kebangsaan dan sekular, pasti institusi masjid serta surau dapat memainkan peranan mereka tanpa sebarang tekanan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan