16 Safar 1433H. [MOD] -
RANTAU PANJANG – Persoalan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak menjawab setiap panggilan sejak tiga minggu lalu terjawab apabila dimaklumkan kabel telefon di kawasan jabatan tersebut dicuri pihak tidak bertanggungjawab dalam tempoh tersebut.
Timbalan Ketua Unitnya, Mohd Rahimie Mat Lazim berkata, dalam tempoh tersebut orang awam yang berdepan kecemasan terpaksa datang ke pejabat untuk memaklumkan kemalangan atau kecemasan lain kepada mereka.
Menurutnya, banyak pihak tidak mengetahui tentang perkara itu dan mungkin pelbagai andaian dibuat berikutan pihaknya tidak menjawab panggilan.
“Sekiranya orang awam mempunyai kenalan bekerja di sini, mereka memaklumkan tentang kemalangan atau kecemasan lain untuk mendapatkan bantuan.
“Kami sedar, banyak pihak berdepan masalah untuk menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat JPAM, namun kami akan berusaha mencari alternatif,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Rahimie berkata, sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah ini, pihaknya cuba memohon telefon tanpa wayar kerana sedar kabel telefon kerap dicuri.
“Kes kecurian kabel telefon di sini bukannya kali pertama berlaku, malah semakin kerap sejak kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Haris Ahmad, 35, berkata, dia mencadangkan JPAM Unit Rantau Panjang menggunakan telefon mudah alih untuk kemudahan orang ramai menghubungi mereka.
Menurutnya, khidmat yang diberikan JPAM akhir-akhir ini begitu membanggakan.
“Setiap kali menghubungi JPAM khususnya jika berlaku kemalangan, mereka segera sampai ke lokasi kejadian, justeru saya mencadangkan mereka menggunakan telefon mudah alih.
“Perkhidmatan sebegini amat diperlukan rakyat setempat tetapi amat kecewa kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sanggup mencuri kabel telefon tanpa memikirkan kesannya kepada penduduk,” katanya.
Haris berkata, dia kerap terserempak dengan kemalangan, tetapi sukar untuk menghubungi JPAM sejak akhir-akhir ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan