16 Safar 1433H. [MOD] -
PELABUHAN KLANG - Kastam Selangor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup gading gajah seberat 492.4 kilogram yang bernilai RM2.4 juta di Pelabuhan Barat, di sini, Jumaat lalu.
Pengarah Kastam Negeri, Datuk Azis Yacub berkata, dalam kes terbaru itu, kejayaan bermula apabila Unit Pemantauan Kontena Bahagian Penguatkuasaan Selangor mengesan gading gajah selepas melakukan pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena yang ditahan sekitar jam 11 pagi.
“Pada awalnya dagangan dalam kontena dari Cape Town, Afrika Selatan itu diikrar sebagai bahan daripada gentian dan nilon, manakala sebuah syarikat berdaftar di negara ini dinamakan sebagai pengimport.
“Namun siasatan mendapati destinasi terakhir kontena itu adalah di Pelabuhan Klang,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, di sini, petang semalam.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan pada bahagian hadapan pintu kontena mendapati, beberapa barangan termasuk tikar, bantal dan tayar tersimpan di kenderaan itu.
Bagaimanapun jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan gading gajah dimuatkan dalam kotak di bahagian belakang kontena bersama tayar terpakai dipercayai bagi mengaburi mata penguat kuasa.
“Berdasarkan keseluruhan rampasan itu, ia dianggarkan bernilai sebanyak RM2.4 juta,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan tipu daya cuba mengfrodkan (menipu) kerajaan untuk menyeludup barang larangan Kastam.
Dalam perkembangan sama, Azis berkata, gading gajah adalah barangan yang disenaraikan di bawah Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) yang melarang sebarang perdagangan komersial ke atasnya dilakukan.
Katanya, siasatan lanjut ke atas syarikat berkenaan sedang dijalankan dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau maksimum 20 kali ganda nilai barang atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, kperolehan pelbagai kes barang dagangan seludup, tidak diikrar atau ikrar tipu sepanjang tempoh tahun lalu yang dicatatkan Kastam Selangor membabitkan nilai lebih RM128 juta dengan cukai lebih RM97 juta.
Azis berkata, sehingga kini, sebanyak 496 kertas siasatan sudah dibuka dan 380 orang disiasat bermula Januari hingga Disember 2011.
“Saya harap tahun ini, Kastam Selangor akan lebih cemerlang dan lebih banyak percubaan penyeludupan dapat dipatahkan,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau hubungi mana-mana pejabat kastam terdekat.
Pada September dan Disember tahun lalu, Kastam Selangor turut berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk bahan larangan di bawah Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) dengan nilai kedua-duanya dianggarkan RM7 juta.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan