10 Januari 2012

OKU (Orang Kuat Umno) MASUK PAS

16 Safar 1433H. [MOD] -

CENDERONG BALAI,: Pas cawangan Kg. Pekan Rabu, mengadakan majlis penyerahan 20 borang keahlian baru kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj. Razman Zakaria. Turut sama menyerahkan borang kemasukan ahli baru Pas, seorang bekas ahli Umno, Abd Halim Hadi, 56, yang juga merupakan mantan setiausaha cawangan Umno disini.

Ketika ditemui, Hj Razman mengucapkan syukur dan tahniah diatas kesedaran masyarakat disini kerana pada hari ini, perjuangan Pas sudah difahami oleh kebanyakan masyarakat berbilang kaum samaada di bandar-bandar besar mahupun yang tinggal diluar bandar,

ujarnya setelah diberitahu tempat program diadakan ini merupakan kubu kuat dan juga kampung kelahiran seorang ahli Parlimen parti lawan.

Hj Razman Berkata; “Jika sebelum ini, masyarakat melayu dan kaum-kaum bukan melayu seringkali ditakut-takutkan oleh pihak parti lawan dengan mengatakan, “Negara tidak akan maju, terkebelakang dan akan huru-hara sekiranya Pas atau Pakatan Rakyat memerintah,”

ternyata tidak benar sama sekali setelah masyarakat berbilang kaum di negara ini lebih meyakini pentadbiran cemerlang yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.”

Katanya Lagi, “Ini dibuktikan dengan adanya sayap parti, Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mewakili kaum bukan Islam yang telah memberikan sokongan penuh terhadap dasar parti diperjuangkan oleh Pas iaitu,

membina sebuah Negara berkebajikan yang merangkumi semua aspek kehidupan dan pembangunan dengan memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan agama di Negara ini.”

Hj Razman mengajak semua masyarakat menilai semula, apakah bentuk pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat disini setelah lebih 54 tahun, pihak lawan diberi mandat untuk mengurus kemajuan dan pembangunan seperti,

keperluan asas masyarakat setempat yang dilihat masih lagi sangat jauh ketinggalan daripada arus kemajuan sebenar.

‘Beliau mengulas mengenai aduan Abd Hadi, yang baru menyertai Pas berikutan rasa tidak puashati penduduk kampung dengan janji-janji kosong ahli Parlimen parti lawan untuk menaik taraf jalan luar bandar (kampung) dan projek membina sebuah Masjid baru yang katanya, bernilai RM2.5 juta.

Tetapi, sehingga kini tidak dilaksanakan. “Perlukah masyarakat disini menunggu 20-30 tahun lagi?” Soal Hj Razman.’

Mengakhiri ucapannya didalam program ini, Hj Razman menyeru semua lapisan masyarakat supaya membuat pilihan yang betul agar memilih seorang pemimpin yang amanah dan benar-benar layak untuk mewakili penduduk disini mencapai kemajuan,

kebajikan dan pembangunan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dengan rekod urus tadbir terbaik setakat ini, berbanding amalan belanjawan pihak parti lawan yang sering mengalami ketirisan ketika membelanjakan dana awam dan perbendaharaan harta Negara sejak sekian lama.

Saidina Sobri/-

Tiada ulasan: