16 Safar 1433H. [MOD] -
BUTTERWORTH - Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.
"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.
Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, empat tahun lalu.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang penganjuran perhimpunan aman oleh PKR, Pas dan DAP, tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana kehadiran peserta adalah untuk menuntut keadilan.
"Saya yakin selama 10 tahun pelbagai perhimpunan aman dilakukan, tiada sebarang insiden yang berlaku melainkan provokasi oleh Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)," katanya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.
"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya.
Sinar Harian

2 ulasan:
Selagi kita manusia tiada yang layak dipanggil paling bersih..hanya bolih disebut bersih. TG Nik Aziz pernah diduga (SPRM)pernah siasat beliau tapi tiada dapat/perlu dibawa kemuka pengadilan, pernah TG Abdul Hadi Awang juga pernah diadu kononnya rasuah tatpi tiada berkait atau tuduh di Mahkamah. Semua pemimpin PAS pernah diugut ke Mahkamah tapi tiada yang terbabit. Kalau kira bersih pemimpin PAS umumnya bersih terutama di kelantan tinggal satupun UMNO tak boleh serah gula-gula.
Guan Eng tak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu, kecik hati penyokong sahabat dalam kerabat PR dan bagi saya kenyataannya perlu mohon maaf terbuka. Pujian Guan menggambar seolah beliau hanya suka Anwar dan yang lain lebih bersihpun mungkin tiada dalam hatinya.
Yang bezanya DSAI diuji terlalu berat; DIZAMAN MUDANYA dalam ISA' di usia matangnya dengan fitnah, diketuk, dilucah-locih olih orang ternama dan dipenjara agak lama dan kemudian didapati tidak besalah dan lagi dibicara lama dan didapati tidak bersalah.
Wan Azizah dan anak-anaknya juga patut diberi Anugerah 'KETATAN' bukan calang-calang orang bolih menghadapi masyarakat dalam keadaan suami dituduh melakukan sesual diluar tabie'. Dengan ujian itu Nurul Aizah dari anak dara sunti cepat menjadi matang dan mampu bersaing dengan mereka yang lebih berumur.
Apapun pemimpin wajar berhati-hati semasa membuat kenyataan samada puji atau caci supaya rakan dan kumpulan sendiri tidak tersentuh hati kerana masing-masing ada pemimpin mereka. Kalaupun suka ANWAR menjadi PM bila berkesempatan kelak biarlah runding dalam ruang terhad bersama kumpulan yang 'Authentic'. "Cakap siang pandang-pandang dan cakap malam dengar-dengar" biar mulut yang manis itu terus manis bersama hati yang bersih.Semangat setiakawan biar berterusan jangan jadi macam Dato' Hasan Ali...
Saya juga setuju dengan Huda Al Hadi tapi saya kira bolehlah kita maafkan sebab kenyataan terbuka itu dari Guan Eng. Persepsi orang2 bukan Islam adalah berbeza tentang bahasa bersih.
Apa pun bersih adalah titik permulaan semua parti merealisasikan impian menawan Putrajaya. PAS dilihat paling berani menyingkirkan YB nya. Keputusan PAS menarik nafas lega khususnya orang2 Selangor.
Harapan kita, semangat dan integriti PAS wajar dicontohi khususnya bagi PKR. Rakyat paling benci pada ketua yang membuat onar. Bermuka2 depan pemimpin tertinggi sedang hakikatnya kerja langsung tak buat. Menyerahkan pada khadam2nya bulat2.Ke hulu ke hilir mencipta nama sedang kesengsaraan rakyat jelata tidak dirasa.
Tak puas hati dah dapat tempat dihati pucuk pimpinan masih berusaha untuk menaikkan kawan2 luar untuk memegang tampok kawasan. Di manakah keberanian pucuk pimpinan untuk menyingkir manusia2 seperti ini.Akhir cerita semangat setiakawan jadi lemah lalu bermulalah agenda kawan makan kawan. Nampaknya PKR masih tidak serik2 melahirkan duplikasi katak oh katak.
Apa guna ada organisasi sampaikan PRU 13 hanya dihujung mata, organisasi sendiri tertanya2...bukankah organisasi dari akar umbi yang lebih tahu siapa paling layak untuk di ketengahkan. Baik bubarkan saja organisasi. Mampukah ketuanya berjalan sendiri.
Pemimpin tertinggi sepatutnya lebih kenal orang2 yang overacting ini dan perlu ada keberanian menegur dan memerhati pada lagak2 ketua yang punya agenda. Boleh dirumuskan DAP adalah parti Bersih dari hasad dengki sesama ahli. Jikapun ada tak munkin dia mencipta dalam DAP.
PAS adalah penasihat yang baik untuk DSAI lebih berhati2 sebelum di angkat menjadi Perdana Menteri.
Catat Ulasan