16 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan keputusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menggantung Adam Adli Abdul Halim selama tiga semester mulai semalam sebagai tindakan opresif, bermotifkan politik zalim dan jelas menghalang mahasiswa menyuarakan pandangan mereka. Adam Adli dikenakan hukuman itu ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato' Onn bulan lalu.
Sehubungan itu tegas beliau, kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.
"Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.
"Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menambah, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam Adli semalam telah merendahkan maruah dan nama Upsi sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum negara mengecapi kemerdekaan.
Beliau juga mahu rakyat tampil mempertahankan hak mahasiswa daripada terus terhakis.
"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa kerana mahasiswalah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik," katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan