24 Januari 2012

Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000

1 Rabiul awal 1433H. [MOD] -

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Huda Al Hadi berkata...

Tahniah Rosmah/Najib mampu buka "Kedai 1 Malaysia" di Australia.... Rakyat malaysia tentu berbangga..!. Saya percaya ianya kedai 1 malaysia kerana PM sering anjur rakyatnya membeli barang-barang tempatan dan sudah tentu menyuruh isterinya beli barang buatan tempatan. PM juga melarang wang RM mengalir ke luar negara. Jadi kalau isterinya berbelanja sudah tentu untuk 'KANTUNG' rakyat malaysia.

Mungkin rakyat malaysia dan kolumnis Hornery tak tahu setiap tempat yang Rosmah berborong adalah kedai 1 Malaysia. Jangan kepo-kepo "MALAYSIA BOLEH". Itulah hebatnya PM Najib boleh buka kedai "1 Malaysia" dimana saja untuk isterinya berbelanja.