12 Mac 2012

Perkasa takut dengan kekuatan Nik Aziz

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Permintaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa supaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz mengundur diri daripada menjadi Menteri Besar Kelantan adalah tidak masuk akal.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, kenyataan itu menunjukkan Perkasa mahupun Barisan Nasional (BN) takut dengan kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Katanya, Nik Aziz mempunyai kekuatan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa, malah rakyat di Kelantan sendiri mahukan beliau terus mentadbir di negeri itu.

“Pihak lain tidak perlu masuk campur dan menyuruh beliau (Nik Aziz) undur daripada menjadi Menteri Besar Kelantan, sedangkan itu adalah keputusan rakyat.

“Rakyat yang memilih dan memberi hak kepadanya mentadbir, orang lain tidak perlu bersusah payah memikir menjatuhkannya,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin Ibrahim membuat kenyataan itu kerana bimbang kedudukannya dan takut dengan kelebihan yang dimiliki Nik Aziz bagi memastikan Pas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Sepanjang Nik Aziz memerintah di Kelantan, banyak kemajuan dan pembangunan di lakukan.

“Malah banyak material pembangunan, hotel besar, pasar raya besar mula membangun di negeri tersebut.

“Kita perlu hormati keputusan rakyat, kerana rakyatlah yang akan menentukan masa depan negeri mereka sendiri, bukannya Ibrahim, mahu pun pihak lain,” katanya.

sinar harian/-

1 ulasan:

penyokong setia PAS berkata...

ibrahim ali dah meroyan....2008 ia puji TGNA supaya dapat jd calon pasir mas atas lmbang PAS....klau ia tanding lmbang bebas 1000 peratus ia tersungkur...rupa bapak penipu besar IA ini...bila menang is hntam pas....
sekarang ia suruh TGNA undur...muslihatnya agar ia dapat nak membodohkan pimpinan yg lain agar tanding pru13 nanti pakai lmbang pas sekali lagi ....ia tahu selagi TGNA ada dlm pas...mangkuk hayun ni xkan dapat nak tipu lagi.. padan muka IA..patutlah sultan kelantan menyampah kat kamu lalu ditarik gelaran dato....