18 Julai 2012

17 cedera dalam insiden tembakan di Alabama

28 Syaaban 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 18 Julai - Seramai 17 orang cedera termasuk empat cedera parah dalam satu insiden tembakan di sebuah bar di Alabama, semalam.

Stesen televisyen WVTM melaporkan, kejadian itu berlaku di Bar Copper Top di Tuscaloosa di mana seorang daripada empat mangsa tersebut kini berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa tempatan hanya menyatakan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut. - AFP

Tiada ulasan: