28 Syaaban 1433H. [MOD] -
JAKARTA 18 Julai - Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan Garuda Indonesia tergelincir di hujung landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, petang semalam.
Pegawai lapangan terbang berkenaan, Ibnu Hasan mengesahkan kejadian itu namun pihaknya belum mendapat maklumat mengenai jumlah penumpang dan keadaan terkini.
Kejadian pada pukul 3.52 petang waktu tempatan yang membabitkan pesawat dari Jakarta itu telah mengakibatkan beberapa penerbangan lain di lapangan terbang tersebut tergendala. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan