03 September 2012

Boleh masuk Umno tanpa niat

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Makhdom mengaku bahawa dia tidak pernah berniat untuk masuk Umno.

Ustaz Makhdom berkata begitu kerana mengulas orang mengesyaki dia masuk Umno.

Tidak diketahui adakah Ustaz Makhdom masuk Umno atau tidak. Tetapi dengan mengatakan tidak berniat untuk masuk Umno itu syarat sah masuk Umno?

Kalau solat tanpa niat sah solat itu tidak sah. Demikian juga tidak sah puasa tanpa niat.

Tetapi Umno tidak mensyaratkan sah Umno tanpa niat. Baik berniat atau tidak berniat, Umnonya sah. Dan bukan semua orang yang masuk Umno kerana mereka berniat.

Saya teringat kejadian Almarhum Aziz Ishak, menteri pertanian pertama kabinet Tunku Abdul Rahman Putra dulu. Dia berkawan baik dengan Tunku sejak sekian lama tapi tidak masuk Umno. Satu hari Tunku menyerahkan borang Umno dan minta dia mengisinya. Dia pun mengisinya bagi menjadi ahli Umno tanpa niat.

Seorang bekas pemimpin Umno ketika mengumumkan dia masuk Umno memberitahu, bahawa dia sudah dijadikan ahli Umno oleh emak dan ayahnya ketika dia masih menuntut. Bukan baru dia jadi Umno. Dia dijadikan ahli Umno tanpa niatnya.

Kadang-kadang seorang itu mabuk bersama kawan Umno nya. Ketika itu kalau dia mengisi borang Umno, dia jadi Umno tanpa niat. Ada orang menghadapi ancaman tindakan jenayah seperti rasuah. Bagi mengelakkan tindakan itu dia masuk Umno dengan harapan tidak dikenakan tindakan. Dia juga masuk Umno dengan tidak berniat.

Seorang pemimpin PAS Kota Belud, Sabah benama Aminuddin Alin. Satu hari dia menerima surat tentang keahliannya dalam Umno. Dia tidak tahu bila dia masuk Umno. Ertinya boleh seseorang itu masuk Umno tanpa dia memohon.

Dalam mahkamah kita pernah mendengar ada yang dituduh membunuh dibebaskan kerana dia membunuh tanpa niat membunuh. Ini bermakna boleh seseorang seperti Ustaz Makhdom menjadi ahli Umno dengan tidak berniat masuk Umno.

Sama juga kalau Ustaz Makhdom sambil bergurau senda melafazkan cerai kepada isterinya tanpa niat. Cerai tanpa niat itu sah.

Demikian juga kalau seseorang itu berkawan dengan orang kafir dan membuat pekerjaan yang dibuat oleh orang kafir seperti menyembah tokong tanpa niat untuk keluar Islam, tetapi perbuatan tanpa niat itu boleh disabitkan sebagai murtad. Seperti iblis yang enggan sujud kepada Adam seperti yang Allah perintahkan. Iblis tidak berniat untuk kufur kepada Allah, tetapi tanpa niat dia enggan patuh atas perintah Allah.

Dalam kes Ustaz Makhdom yang menjauhkan diri dari kawan-kawan ustaznya, tiba-tiba dia didapati berkawan dengan orang Umno dan didapati dia membuat kerja yang Umno suruh buat, sekali pun dia tidak masuk masuk Umno dan tidak berniat untuk masuk Umno, maka orang boleh mengira dia sudah jadi Umno.

Tidak penting bagi seseorang berniat masuk Umno untuk membuat kerja-kerja Umno, tetapi penting ustaz membuat kerja-kerja yang Umno buat. Ketika itu Ustaz Mahkdom tidak boleh menyalahkan kalau ada yang mengara ustaz sudah jadi Umno walaupun tidak menjadi ahli Umno.

haarakahdaiily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'bekas penyanyi Lefthanded ke tuuuuu....apa namanya? 'Nash' agaknya....kikiki