23 Syawal 1433H. [MOD] -
JERAM - Jeritan seorang cucu berusia tujuh tahun yang panik melihat api marak di tengah ruang bilik di tingkat atas menyelamatkan neneknya dari rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Tahir Manan, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu tidak disedari pasangan warga emas, Amir Arikandang, 72, yang strok dan isterinya, Masitah Md Noh, 72, yang ketika itu berehat di luar rumah bersama dua cucunya selepas selesai bersarapan.
Menurut Masitah, ketika dia masuk ke dalam rumah untuk memasak juadah tengah hari, cucunya, Nurul Iman Mohd Azli, 7, yang ketika itu sedang naik ke tingkat atas secara tiba-tiba menjerit memaklumkan ada api di kawasan atas rumah.
“Saya kemudiannya ditarik cucu untuk keluar ke rumah manakala suami yang panik turut menggagahkan diri untuk bangun dan keluar rumah apabila api kian marak dan merebak ke seluruh kawasan tingkat atas yang 100 peratus kayu.
“Sekelip mata, rumah pusaka yang berusia lebih 30 tahun yang dibina suami itu musnah sekelip mata dan kami hanya mampu melihat rumah dengan linangan air mata memandangkan tidak mampu untuk berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Masitah berkata, dia tidak sempat untuk menyelamatkan barang dan dokumen penting yang ada kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas dan hanya dalam masa 10 minit, keseluruhan rumah musnah sehingga menyebabkan tujuh motosikal di bawah rumah rentung.
“Saya bersyukur kerana kebetulan ketika kejadian, kami semua berada di luar rumah seperti rutin harian untuk melihat burung dibela dan semuanya selamat tanpa kecederaan,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, anaknya yang juga seorang pemandu lori, Mohd Azli Amir, 37, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Banting untuk urusan kerja terkejut apabila dimaklumkan rumah yang didiami bersama kedua ibu bapanya musnah dalam kebakaran.
“Ketika itu, saya hanya teringat keadaan anak dan ibu bapa saya yang kurang sihat dan apabila dimaklumkan mereka selamat, saya bersyukur teramat sangat.
“Namun, saya amat sedih melihat koleksi motosikal klasik yang tersimpan di bawah rumah rentung dan hanya tinggal rangka sahaja. Insiden ini menyebabkan saya putus asa untuk meneruskan hobi ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan bantuan segera Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dihulurkan melalui Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman bagi meringankan beban yang ditanggung.
Kejadian itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Datuk Amiruddin Setro, pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan JKKKN termasuk Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram, Muhd Rashid Abd Kassim.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan