6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
HONG KONG -Pihak kastam di sini merampas 1,209 gading gajah seberat
hampir empat tan bernilai sekitar HK$26.7 juta (RM10.3 juta), kata
beberapa pegawai kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, semua gading tersebut ditemui di dalam
beberapa kontena bertanda "kacang roscoco" dan "barangan lusuh plastik"
yang dihantar dari Kenya dan Tanzania ke pulau ini pada awal minggu ini.
"Keseluruhan gading itu adalah seberat 3.81 tan sekali gus rampasan
terbesar di sini," kata satu kenyataan jabatan kastam Hong Kong.
Menurut kenyataan tersebut, rampasan dibuat berdasarkan maklumat oleh pihak berkuasa China.
Media tempatan, RTHK melaporkan, polis China telah menahan tujuh individu termasuk seorang penduduk pulau ini susulan rampasan tersebut.
Di bawah undang-undang pulau ini, sesiapa yang didapati bersalah
mengimport gading gajah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan
didenda HK$2 juta (RM787,000). - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan