6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA — Sekumpulan penjenayah melarikan wang RM180,000
setelah memecah masuk ke ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
Agro Bank melalui laluan sampah di Dataran Sunway, Kota Damansara di
sini, awal hari ini.
Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 3 hingga 5
pagi dengan penjenayah memecah masuk melalui lubang sampah untuk
mengelak dikesan alat rakaman dan sistem penggera sebelum mengumpil
mesin ATM tersebut.
Pengawal bertugas tidak menyedari kejadian itu dan ia hanya disedari
apabila kakitangan bank mendapati mesin berkenaan dipecahkan sebelum
memaklumkan kepada polis, kata jurucakap polis.
Katanya, anggota polis bahagian forensik sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian. — BERNAMA
1 ulasan:
Kesian ATM. Dahlah kalah bola lawan Kelantan, kena rompak pula.
Catat Ulasan