17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
RIYADH, Arab Saudi - Sekurang-kurangnya 22 maut apabila sebuah lori
tangki melanggar jejambat di sini, sekali gus mengakibatkan satu letupan
besar dan memusnahkan sebuah bangunan serta beberapa buah kenderaan
berhampiran.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Saad al-Qahtani
memberitahu, seramai 135 orang mengalami kecederaan. Mangsa
kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki dan beberapa orang
pekerja asing.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Arab Saudi, sebuah lori
tangki telah melanggar jejambat, menyebabkan berlakunya kebocoran minyak
sebelum meletup.
"Pemandu lori terkejut apabila berlaku kemalangan di laluannya. Dia
kemudian hilang kawalan dan melanggar salah satu tiang jejambat," kata
jurucakap JPA Arab Saudi, Kapten Mohamed Hubail Hammadi.
Biarpun insiden itu berlaku berhampiran ibu pejabat Pengawal Negara
Arab Saudi dan Kolej Sains Keselamatan Putera Nayef, pihak berkuasa
menegaskan bahawa ia adalah satu kemalangan. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan