17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
(Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menunjukkan laporan polis yang mereka buat)
SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan
Kebangkitan Rakyat di Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari
ini membuat laporan polis berhubung ugutan Pengerusi Gerakan
Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria
hari ini.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:
‘Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami
bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan
bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah’.
Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.
“Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut
berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang
dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November
ini.
“Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan
liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.
“Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang
terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan
mengganggu keamanan dan ketenteraman awam,” kata Setiausaha PKR Negeri
Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.
Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar
Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.
Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di
tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan
huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya
dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.
Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad
pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak
diingini.
“Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri.
Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan
membantah 100 peratus,” katanya.
50,00 disasarkan
Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000
akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban
Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.
Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300
penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan
berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.
Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.
Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang
akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan
artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh
kepimpinan utama Pakatan Rakyat.
Tentatif Program adalah seperti berikut:
MASA
|
ATURCARA PROGRAM PETANG
|
03.00 petang |
Konvoi motorsikal berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi |
03.30 petang |
Konvoi bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) |
04.15 petang |
Konvoi tiba di tapak Himpunan. Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa |
04.30 petang |
Karinal Rakyat bermula:
|
06.30 petang |
Program Petang Tamat. |
MASA
|
ATURCARA PROGRAM MALAM
|
08.00 malam |
Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (sehingga pukul 12.00 malam) |
08.30 malam |
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB P Gunasekaran |
08.35 malam |
Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan,YB Mohd Taufek Abdul Ghani |
08.45 malam |
Ucapan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook |
08.55 malam |
Ucapan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas |
09.05 malam |
Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan |
09.10 malam |
Ucapan Timbalan Presiden KeADILan, YB Azmin Ali |
09.30 malam |
Ucapan Timbalan Presiden PAS & Pengarah Program, Saudara Mohamad Sabu |
09.50 malam |
Ucapan Wakil Hijau (Lynas) |
09.55 malam |
Ucapan Wakil Kuning (Bersih 3.0) |
10.00 malam |
Ucapan Wakil Merah (Royalti) |
10.05 malam |
Ucapan Wakil Oren (Felda) |
10.10 malam |
Deklamasi Sajak – Sasterawan Negara, A Samad Said |
10.15 malam |
Ucapan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
10.45 malam |
Ucapan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang |
11.15 malam |
Gimik Muzikal ‘Ubahlah Sekarang’ |
11.20 malam |
Ucapan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim |
12.00 malam |
Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat |
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan