17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
GEMENCHEH – Hampir 20 peniaga di Pasar Besar Gemencheh dan kira-kira
lapan buah keluarga yang menetap di Taman Yu Ye, dekat sini, terkejut
apabila hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan air naik setinggi
hampir dua meter, petang semalam.
Dalam kejadian berperingkat bermula kira-kira 5.30 petang itu, seramai 30 peniaga di Kawasan Industri Kecil Gemencheh turut mengambil tindakan berjaga-jaga apabila air hanya menunggu masa melimpah masuk ke kedai mereka yang menempatkan barangan jualan, jentera, mesin dan juga kenderaan yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Manakala, laluan utama yang menghubungkan Gemencheh dengan Batang Melaka pula ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan kecil.
Peniaga di Pasar Besar Gemencheh, Jeriah Md Saleh, 50, berkata, kejadian banjir pada kali ini merupakan yang terburuk.
“Jika sebelum ini memang ada banjir kilat tapi ia tidak melimpah masuk ke dalam kedai. Bagaimanapun, kali ini, 400 biji kelapa saya sudah ditenggelami air dan dua mesin memerah santan bernilai RM7,000 setiap satunya juga turut ditenggelami air.
“Kelapa ini sebenarnya untuk jualan hari esok (hari ini), namun ia sudah tidak dapat digunakan kerana kelapa yang sudah ditenggelami air boleh menyebabkan santan cepat basi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Gemencheh, dekat sini, semalam.
Peniaga, Mohd Nor, 50, berkata, dia dan isteri, Noriah Mohd Esop, 51, sudah hampir 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan sepanjang tempoh itu, sudah empat kali dia menukar peti ais kerana peti ais rosak ditenggelami air banjir.
“Air mulai naik sekitar jam 6 petang dan ia berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan. Oleh itu, saya mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini
Penduduk di Taman Yu Yi, V. Krishnan, 65, berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan selama hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh berkenaan sudah enam kali rumahnya dinaiki air.
“Tembok rumah saya lebih tinggi dari saliran air di taman ini, namun hari ini air sudah naik separas pinggang orang dewasa dan menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah.
"Malah, kali ini kira-kira lapan buah rumah hampir terjejas berbanding kebiasaannya hanya tiga rumah saya yang ditenggelami air, " katanya.

sinar/-
1 ulasan:
hari inin ia terburuk, tetapi selepas ini ada catatan lain yang lebih buruk. Bila pembangunan pesat yang tidak diikuti oleh langkah-langkah sepatutnya, keadaan akan menjadi lebih teruk.
Catat Ulasan