17 Disember 2012

Ajal kutip sampah jatuh

3 Safar 1433H. [MOD] -

RAWANG: Dua pekerja sebuah syarikat sisa pepejal maut manakala tiga rakan mereka terselamat selepas dirempuh kereta yang terbabas di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) selepas susur keluar Sungai Buloh, menghala ke utara, semalam.

Kemalangan jam 3 petang itu dikatakan berlaku akibat pemandu Proton Waja berkenaan mengantuk menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh lima pekerja terbabit yang membersihkan kawasan di tepi lebuh raya.

Jurucakap polis trafik berkata, lima pekerja terbabit membersihkan sampah di lorong kecemasan yang terjatuh dari lori dinaiki mereka.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit di belakang lori berkenaan manakala tiga rakan mereka sempat mengelak. “Anggota bomba mengambil masa 10 minit mengeluarkan mayat mangsa iaitu warga India dikenali Solai Alagan, tetapi rakannya belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang doktor, cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

metro/-

Tiada ulasan: