3 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan
generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di
abad ini.
Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja
ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu
anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang
menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan
generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di
abad ini.
Bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat
malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan
pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga.
Generasi muda tidak harus merasa takut dan berpandangan negatif
terhadap kebangkitan yang disaksikan berlaku di abad ini kerana banyak
yang boleh dipelajari dari proses bagaimana ia berlaku dan ke mana arah
tujunya.
Arab Spring tercetus sememangnya berwajahkan kebangkitan anak muda .
Merekalah yang menjadi barisan depan menyuarakan hak rakyat untuk
menyingkir pemimpin yang korup yang bermewahan membolot khazanah
kekayaan negara ditengah penderitaan rakyat.
Rakyat Arab bangkit sebetulnya bermula penyuaran hak mereka oleh
generasi muda yang menyanggah kebobrokan pemerintah. Ia menjadi ganas
apabila regim yang sudah lama berkuasa mula mengguna tentera dan polis
untuk melakukan keganasan terhadap rakyat. Ia juga menjadi tidak
terkawal apabila golongan elit yang sudah lama selesa dan mendapat
segala kemewahan hidup dari regim yang korup dilagakan dengan rakyat
bawahan yang menderita akibat polisi kerajaan yang berpihak kepada
golongan elit dan pegawai tentera.
Generasi muda di negara ini perlu memahami inti dari kebangkitan Arab
di Asia Barat juga dari sudut penolakan mereka terhadap sistem
kapitalis dan kuasa imperialis dunia terutama dari Barat yang mencengkam
Negara mereka. Mereka menolak pemimpin mereka yang menjadi boneka kuasa
Barat. Mereka menyuarakan kemarahan mereka terhadap pemimpin yang korup
dan zalim yang mendapat perlindungan dari tentera yang juga disokong
penuh oleh kuasa Barat.
Ketika PM dalam Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 kelmarin menyatakan Malaysia tidak perlu kepada kebangkitan Arab Spring, kami mengingatkan bahawa generasi muda jangan lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menolak sistem yang korup dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin yang menjadi inti kebangkitan tersebut.
Sememangnya buah dari sebuah revolusi rakyat memakan masa untuk dituai. Ini harus difahami lantaran pemerintahan yang sudah berpuluhan tahun berkuasa dan didokong sepenuhnya oleh tentera dan golongan elit politik tidak mudah ditukar seluruhnya dengan sekelip mata.
Sistem yang sedemikian lama mengawasi dan mengawal rakyat yang telah dikukuhkan dalam pentadbiran negara memerlukan masa secara bertahap untuk dirubah seluruhnya.
Sistem birokrasi yang tidak mesra rakyat, pentadbiran agensi kehakiman yang korup, perjanjian antarabangsa yang telah dimeterai yang merugikan negara, sistem ekonomi dan pengurusan kewangan negara yang penuh kepincangan, peranan media perdana yang hanya berpihak kepada pemerintah, sistem pendidikan yang mengongkong, semua ini telah berjalan selama berpuluhan tahun dibawah regim tiranikal.
Semua persoalan yang melengkari peristiwa Arab Spring ini penting difahami dan dianalisa oleh generasi muda terutama dikalangan pemimpin pelajar.
Generasi muda tidak boleh dikaburi hanya dengan model pembangunan yang bercorak material dan melupakan tanggungjawab membanteras kepincangan serta menolak kebatilan dalam semua bentuk.
Generasi muda seharusnya menjadi elemen sedar dikalangan rakyat lantaran mereka berpeluang menempatkan diri di menara gading. Dengan ilmu yang dikuasai, mereka terbeban dengan amanah besar untuk membela hak rakyat. Mereka harus mewakli suara rakyat jika berlaku kepincangan di kalangan pemimpin negara. Mereka semestinya mempertahankan kebenaran dan tidak berkompromi dengan kezaliman. Mereka perlu peka kepada isu-isu rakyat dan soal urus tadbir negara.
Inilah yang sepatutnya dipelajari dari Arab Spring . Pemuda Arab Spring adalah pemuda yang berani berhadapan dengan penguasa yang zalim. Mereka tegar berhadapan dengan kuasa tentera. Gambaran di Medan Tahrir melambangkan kekuatan suara generasi muda tidak mahu berkompromi dengan pemerintah kuku besi.
Kami khuatir generasi muda di negara ini jika dihanyut dengan keselesaan dan hidup manja oleh sogokan pemerintah, akan merosakkan masa depan negara. Tipisnya kepekaan generasi muda kepada isu-isu rakyat adalah natijah dari hidup selesa dan gaya hidup manja.
Erti perubahan sebenar yang harus diperjuangkan oleh generasi muda hendaklah merujuk kepada pemerkasaan semula kepada nilai hidup insan berteraskan kepada akhlak dan pegangan kukuh kepada hidup beragama. Bermula dari memahami teras ini dan berasaskan pengukuhan nilai hidup ini, generasi muda boleh melihat kepincangan negara secara kritikal.
Dengan itu segala isu kepimpinan, polisi urustadbir dan undang-undang negara dapat dianalisa dengan mendalam. Kerosakan yang berpunca dari kepincangan nurani pemimpin itulah yang perlu diperhatikan oleh generasi muda. Jika tidak, maka generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara akan menyambung kerosakan yang dimula oleh pemimpin hari ini

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan