3 Safar 1433H. [MOD] -
PASIR MAS – Tindakan seorang lelaki menggunakan landasan sebagai
jalan pintas untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit mengundang
padah apabila dia dilanggar kereta api dalam kejadian di Kampung
Chenok, Slow Machang di sini petang semalam.
Lebih mengharukan, penduduk di kampung berkenaan sempat menjerit ke
arah mangsa, Mohd. Zudilman Che Ismail, 34, mengenai bahaya yang
menantinya malah kereta api tersebut juga sudah membunyikan siren.
Malang sekali pekerja sambilan Telekom Malaysia itu tidak
mengendahkannya menyebabkan kereta api tersebut merempuh mangsa sehingga
dia terpelanting 50 meter.
Mangsa cedera parah di kepala dan badan, meninggal dunia dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim
berkata, mangsa dikatakan cuba melintas landasan itu sebelum dirempuh
kereta api yang datang dari arah Pasir Mas ke Tumpat.
“Pekerja sambilan Telekom itu cedera parah dan meninggal dunia di
tempat kejadian. Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur
jenayah,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, saksi kejadian, Zulkifli Mohamad, 42, berkata, ketika
kejadian dia dalam perjalanan ke landasan untuk mengambil anaknya yang
bermain di sekitar kawasan di seberang landasan.
“Sebelum kejadian, saya melihat mangsa baru sahaja turun dari kereta
rakannya, kemudian mahu melintas landasan untuk ke rumahnya sambil
memegang telefon bimbit.
“Semua penduduk kampung menjerit malah siren kereta api turut
berbunyi beberapa kali, namun tiada tanda dia mahu mengelak sebaliknya
mangsa meneruskan perjalanan,” ujarnya.
Tambahnya, sejurus tiba di tengah landasan mangsa dilanggar kereta
api dan melambung hampir 50 meter(m) dari lokasi perlanggaran.
Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan