12 Disember 2012

Kereta bertembung: 2 maut

28 Muharram 1433H. [MOD] -

BESUT: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu�masing-masing bertembung dalam kejadian di Jalan Penarik - Kampung Raja, berhampiran sempadan daerah Besut-Setiu, malam tadi.

Tuan Amir Hamzah Tuan Marzuki, 19, yang memandu kereta jenis Proton Aeroback�maut di tempat kejadian manakala Md Shariff Abdul Manaf, 40, pemandu kenderaan�pacuan empat roda Toyota Hilux meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital�Daerah Besut.

Pengawal Balai Bomba Besut, Rosmadi Jusoh yang mengesahkan kejadian, berkata�kemalangan berlaku pukul 8.30 malam dan pihaknya menerima panggilan kira-kira 20�minit selepas itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya Tuan Amir berasal dari Kampung Beting Lintang di sini, manakala�Md Shariff dari Taman Jaya, Semarak, Pasir Putih, Kelantan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu Md Shariff�memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Tuan Amir, ketika cuba�memotong sebuah lori.

Akibat pertembungan itu, kereta yang dipandu Tuan Amir berpusing sebelum�terbalik dengan tayarnya ke atas.

Kawasan kejadian merupakan jalan lurus, namun tiada lampu jalan.

Bernama difahamkan Tuan Amir yang bekerja di syarikat perkapalan di Labuan�pulang bercuti sejak seminggu lepas dan dalam perjalanan bertemu rakan di Kuala�Terengganu, sementara Md Shariff pula peniaga kain.

metro/-

Tiada ulasan: