28 Muharram 1433H. [MOD] -
KUCHING – Wajah lelaki yang memecah masuk rumah teres milik seorang
ahli perniagaan dan kontraktor di Taman Malihah, Matang di sini sebelum
wang tunai berjumlah RM1.46 juta lesap pada 1 Disember lalu sudah
dikenal pasti menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad
berkata, imej suspek yang memakai topi dan menggalas sebuah beg itu
dirakam menerusi CCTV yang dipasang di belakang rumah dan ruang tamu
rumah tersebut.
Menurut beliau, imej yang dirakam pada pukul 10.08 malam melalui
CCTV yang dipasang di belakang rumah menunjukkan suspek yang dipercayai
berseorangan memanjat pagar sebelum mengumpil jeriji dan pintu belakang
rumah tersebut menggunakan sebatang besi.
Seterusnya, Roslan berkata, rakaman CCTV di ruang tamu menyaksikan
suspek dilihat mundar-mandir sebelum memasuki sebuah bilik di rumah
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan