12 Disember 2012

'Tembak belakang bukan kerja Pas'

28 Muharram 1433H. [MOD] -


Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
KUALA LUMPUR - Pas sentiasa serius memerangi gejala rasuah dan gejala 'tembak belakang' sebagaimana yang dibangkitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sama sekali tidak membabitkan parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, memerangi rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa sememangnya menjadi keutamaan parti itu sejak dahulu.

"Di pihak kita, kerjasama dalam usaha membanteras rasuah sentiasa dianggap serius. Segala kes kita mahu siasat dan tangani bersama," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Abu Kassim yang disiarkan muka depan Sinar Harian, semalam.

sinar/-

Tiada ulasan: