REMBAU – Penduduk Kampung Bemban dekat sini bimbang memikirkan
keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai
Bemban yang semakin serius.
Salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66, berkata, rumahnya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan.
Katanya, hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanamannya pokok pisang dan limau musnah.
“Selepas beberapa kali saya membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh
baru-baru ini.
“Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu
tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim
hujan,” katanya di sini semalam.
Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen.
“Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk
dan saya bimbang akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh
ahli keluarga,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan