6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 18 JAN: Penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem
demokrasi melalui proses pilihan raya, kata Timbalan Presiden KEADILAN,
Mohamed Azmin Ali.
“Memang
menjadi matlamat utama kita untuk menukar kerajaan tetapi melalui
sistem demokrasi dan pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya.
Beliau membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang mentohmah kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)
bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
“Ia langsung tak membayangkan beliau sebagai negarawan. Kalau kita
hendak guling kerajaan melalui demonstrasi, buat apa kita bertanding
pilihan raya setiap lima tahun?” katanya.
“Kita masih menghormati demokrasi, tukar kerajaan mengikut perlembagaan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum Pasca HKR bersama
aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong,
Hasmi Hashim, malam tadi.
Pada
forum yang dihadiri lebih 200 orang itu, Azmin turut menyingkap kembali
pengalaman beliau sewaktu era reformasi yang menyaksikan kezaliman
polis.
“Ketika di Stadium Merdeka tempoh hari, saya lihat lokap Jalan
Stadium. Di situlah saya dan Hishamuddin Rais disimpan selama lapan
hari.
“Kami digari bersama, dua orang satu gari. Punyalah zalim masa itu
tapi yang memberi rangsangan waktu itu walau dihina, diab, dipenjara
tetapi kami tetap bangkit,” katanya.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan