PORTLAND - Seorang wanita terjatuh dari bumbung sebuah bangunan dan
'tersangkut' di ruang sempit yang terdapat di belakang dinding sebuah
garaj parkir di sini kelmarin.
Wanita tersebut terperangkap selama empat jam.
Beberapa anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan wanita itu
dengan menariknya keluar dari ruang tersebut selepas mereka membuat
sebuah lubang di dinding garaj berkenaan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Portland, Ron Rouse berkata, wanita
berkenaan terjatuh ke celah ruang itu semasa dia berjalan di atas
bumbung.
Seramai 22 anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat wanita berkenaan.
Menurut Rouse, wanita berkenaan memeluk beberapa anggota bomba selepas dia berjaya diselamatkan.
Dia berkata, wanita berkenaan kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan