Kuala Terengganu: Seorang pemandu bas sekolah membawa 30 pelajar
berdepan detik cemas apabila stereng kenderaannya tertanggal menyebabkan
ia gagal dikawal hingga merempuh sebuah kereta di Kampung Tok Dir, di
sini, semalam.
Pemandu terbabit Mohd Imran Nordin, 25, berkata, dalam kejadian jam
12.45 tengah hari itu, stereng bas milik bapanya tiba-tiba tertanggal
menyebabkan dia segera menekan brek bagi menghentikan kenderaan
berkenaan.
“Namun, bas tetap bergerak dan merempuh sebuah kereta diletak di hadapan sebuah rumah di tepi jalan,” katanya.
Dia, bagaimanapun, bersyukur kerana semua pelajar dalam basnya selamat.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan