30 Januari 2013

Ramai Penduduk di Rh Rajit Masih Belum Memiliki MyKad

18 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


SIBUTI - Rh Rajit Sungai Bekelit terletak dalam DUN Bekenu. Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan ada juga yang bekerja dengan syarikat swasta.  Untuk masuk ke Rh Rajit terpaksa melalui jalan ladang kelapa sawit yang teruk dan berlumpur yang mengambil masa kira-kira 20 minit dari jalan utama Miri Bintulu.

Baru-baru ini rombongan PAS Miri bersama-sama dengan ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Miri telah melawat salah seorang ahli DHPP yang meninggal dunia di rumah panjang Rajit. Kunjungan kami disambut baik oleh penduduk Rh Rajit.

Kami juga menerima aduan dari penduduk asal di Rh Rajit yang mereka tidak memiliki kad pengenalan dan terdapat juga ada dikalangan mereka yang tidak memiliki surat beranak.

Menurut salah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Awang AK Nyawai memohon agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dengan mengemukakan masalah mereka kepada pihak media dan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tindakan selanjutnya. Ada sesetengah dari mereka memiliki surat beranak tetapi tidak diberi kad pengenalan atau MyKad oleh JPN oleh sebab-sebab tertentu.

Mereka juga pernah mengadu masalah mereka ini kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara di Miri tetapi sehingga kini tiada jawaban yang diberi mengapa mereka masih tidak dapat memiliki Mykad. Mereka juga kesal dengan sikap pihak pendaftaran yang tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia sedangkan mereka adalah penduduk asal bukannya pendatang asing.

Di sini kami telah bertemu dan mencatitkan nama beberapa orang yang tidak mempunyai kad pengenalan di Rh Rajit. Diantaranya ialah Roslin AK Cun, Awang AK Nyawai, Willy AK Nyawai, Lema AK Jangih, Edwin AK Gait, Catherine AK Gait, Adi AK Nyambang, Randi AK Nyambang, Empati AK Selan, Nyambang AK Abit, Jubang AK Abit, Philip AK Abit, Malang AK Abit dan Lia AK Asok.

Mereka ini adalah sebahagian daripada penduduk asal yang tidak memiliki kad pengenalan. Kalau dikira lagi sudah tentu lebih ramai lagi penduduk asal Sarawak yang tidak memilik kad pengenalan dan surat beranak seperti yang terdapat di Rh Renang Sg Penyirak di Sibuti yang kami laporkan beberapa minggu yang lalu.
Menurut mereka pemohonan mereka ditolak dengan alasan mereka tidak memiliki dokumen yang lengkap serta tiada surat beranak.

Akibat tidak mempunyai kad pengenalan, mereka tidak diberikan hak istimewa sebagai rakyat Malaysia. Mereka tidak mendapat bantuan BR1M, kebajikan dan bantuan persekolahan dan keistimewaan lain sebagai warganegara Malaysia. Anak-anak mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti akibat tiada kad pengenalan.

JPN yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran sepatutnya turun padang berjumpa dengan rakyat tempatan yang masih belum memiliki kad pengenalan dan surat beranak terutama sekali penduduk tempatan yang tinggal jauh di pedalaman.

Ada beberapa sebab kenapa mereka terlalu sukar untuk mendaftar dan memiliki surat beranak kerana jalan yang sukar dihubungi serta kos pengangkutan yang mahal terutama sekali yang tinggal jauh di pedalaman.
Mereka berharap pemohonan mereka untuk memiliki kad pengenalan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak kerajaan untuk masa depan mereka.

Kami mengesa pihak berkuasa terutama sekali pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) dan pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai dan jangan pilih kasih dalam urusan mengatasi masalah rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Tiada ulasan: